Tak Payah Tulis Nama Pada Buku Lagi, Ini Langkah Masukkan Nama Ahli Keluarga Dalam Aplikasi MySejahtera Bila Nak Check In.

Oleh: Zuzu Yasmine

Demi keselamatan diri sendiri dan juga orang sekeliling, ke mana saja kita perlu mengisi atau menggunakan QR kod untuk memasuki sesebuah premis perniagaan, atau di majlis-majlis kenduri. Bagi memudahkan pergerakkan rakyat, kerajaan telah perkenalkan aplikasi MySejahtera.

Biasanya penggunaan aplikasi ini hanya untuk seorang saja, yang selebihnya terpaksa menggunakan telefon bimbit lain atau menulis nama di buku yang telah disediakan. Namun begitu, penggunaan pen yang berkongsi juga sebenarnya dianggap tidak hygiene.



Tetapi baru-baru ini di laman Twitter, Wan Aizat berkongsi mengenai Aplikasi MySejahtera boleh memasukkan beberapa nama orang lain terutamanya ahli keluarga dalam aplikasi kita sekiranya mereka tidak mempunyai aplikasi tersebut.



“Kalau pergi mana-mana kena check in apps MySejahtera. Tapi, kita check in sorang-sorang je. Macam mana nak masukkan sekali nama anak kalau kita bawak sekali. Kang polis check, nama anak kita takde check in, haru la tak pasal langgar SOP.”

Jadi lelaki ini tunjuk cara mudah untuk kita sama-sama patuhi SOP.

1. Pergi kat Apps MySejahtera. Kemudian pergi kat home MySejahtera. Kat atas ada ‘More’. Click kat situ.



2. Nanti akan keluar macam dalam gambar kat bawah ni. Tekan kat Manage Dependents.



3. Then, akan keluar mcm dalam gambar ni. Add dependents kat bahagian bawah. Boleh letakkan sekali parents yang tak ada smartphone kalau kita selalu bawak parents kita keluar. Isi nama semua dengan relation.



4. Make sure nama semua betul.



Bila nak check in guna apps MySejahtera, akan keluar ‘i’m with…’. Click nama yang ada dengan kita. Kalau kita sorang-sorang je, terus tekan check in kat bawah.

Jadi, selamat dah ‘check in’ nama anak kita sekali or nama-nama lain dependents dengan kita. Takdelah langgar SOP dah kan?

Sekali lagi nak diingatkan ye, ‘Add Dependents’ ni untuk yang tak ada smartphones macam parents or anak-anak. Kalau yang dah ada MySejahtera tu, check in guna aplikasi sendiri.






Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen