Tips 'Hensem': 5 Tips Penjagaan Muka Untuk Lelaki.

Bukan pengantin perempuan sahaja yang perlu menjaga kulit. Pengantin lelaki pun perlu juga. Apa kata anda mulakan sekarang sebelum terlambat?



1. Bersihkan muka.

Cuci muka dengan menggunakan pembersih muka yang sesuai mengikut jenis kulit anda. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kulit yang berminyak. Ini adalah langkah paling asas dalam penjagaan muka. Sabun buku yang anda gunakan pada badan anda itu bukan untuk muka tau. Sabun jenis itu mungkin terlampau kasar dan boleh menjadikan kulit muka anda kering. Cuci muka maksimum 2 kali sehari dengan pencuci muka.

2. 'Scrub'.

Tanggalkan sel mati kulit wajah anda dan biarkan sel kulit baru menyinar dengan scrub. Barulah muka boleh nampak bersih dan berseri. Bukan kena pakai hari-hari pun. Anda hanya perlu scrub sekali dalam 2 atau 3 hari sahaja.



3. 'Moisturise'.

Gunakan losyen. Losyen bukan sahaja bertindak sebagai pelembap, malahan bertindak sebagai pelindung kulit anda juga. Cuba gunakan losyen yang mempunyai pelindung sinaran UV lebih-lebih lagi jika pekerjaan memerlukan anda berpanas. Tak, jangan risau, tak macam perempuan pun. Cuma sekarang ini golongan wanita makin cantik dan makin pandai menjaga kecantikan dalaman dan luaran mereka. Anda pun mesti mula juga untuk kebaikan jangka masa panjang. Lagi sepuluh tahun takkan anda mahu pasangan anda sahaja yang awet muda, kan?

4. Jangan picit jerawat.

Selagi boleh, tahan diri anda daripada memicit jerawat. Kadang kala geram kan, lebih-leboh lagi apabila jerawat anda itu sudah masak. Sabar saja. Tunggu dia pecah sendiri. Kalau tidak, berbekas nanti. Tapi, jika anda sudah tidak tahan sangat, pastikan tangan anda bersih ketika memicitnya. Gunakan tisu untuk mengelap sisa jerawat. Jangan bagi tisu yang sudah tercemar terkena bahagian lain muka anda tau.

5. Trim.

Jika anda menyimpan janggut atau misai, pastikan bebulu muka anda sentiasa ditrim kemas atau disisir jika perlu. Macam ini barulah 'hensem'.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen