Wanita Gempal Lebih Banyak Rembeskan Hormon Estrogen, Punca Haid Tak Teratur.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apa yang kita makan itulah yang akan memberi kesan kepada tubuh badan kita. Kalau makan, makanan yang sihat maka tubuh badan kita akan sentiasa dalam keadaan yang baik, begitu juga dengan sebaliknya.

Bagi seorang wanita, apa yang dimakan itu akan beri pengaruh bukan saja kesihatannya malah ia juga mempengaruhi kitaran haid tidak normal atau tidak teratur.

Pegawai Dietetik, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia, Muhammad Nazirul Asri Badrul Hisham berkata, kitaran haid tidak normal atau tidak teratur berkait rapat dengan tabiat pemakanan.



Selain itu, ia juga mempunyai kaitan dengan masalah obesiti.

“Individu yang mempunyai berat keterlaluan akan merembeskan hormon estrogen secara berlebihan.

“Estrogen adalah sejenis hormon yang penting bagi sistem reproduktif wanita kerana tahap estrogen yang tinggi dalam badan akan memberi kesan kepada kekerapan seseorang mengalami haid,“ jelasnya.

Lebih membimbangkan, berat badan berlebihan boleh menghentikan kitaran haid seseorang, katanya.

Pun demikian, kepada mereka yang terlalu kurus atau mengalami proses penurunan berat badan secara drastik pula, turut akan memberi impak kepada kitaran haid.



Menurutnya, pengambilan kalori yang terlalu rendah akan menghentikan penghasilan hormon yang berperanan dalam proses ovulasi. Biasanya golongan pesakit anoreksia nervosa atau anoreksia bulimia akan berdepan dengan situasi itu.
Jelasnya, tiada makanan khas bagi mendapatkan kitaran haid yang teratur.

“Bagaimanapun, saya tegaskan sekali lagi, berat badan yang ideal adalah amat penting bagi memastikan kitaran haid yang konsisten. Seseorang boleh mengenal pasti sendiri status berat badan mereka melalui pengiraan Indeks Jisim Tubuh,“ tambahnya.

Cara Mengawal Kitaran Haid Agar Sentiasa Konsisten

Mengekalkan berat badan sihat dengan cara mengawal pengambilan kalori daripada makanan adalah penting bagi kaum Hawa.



Berikut ialah tip yang boleh dilakukan bagi memastikan tubuh sentiasa sihat sekali gus membantu mengawal kitaran haid agar konsisten setiap masa:

• Mengamalkan kaedah pinggan suku-suku separuh ketika makan seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

• Memasak atau memilih lauk rendah lemak seperti singgang, sup, kukus, gril, panggang atau bakar.

• Menggunakan kaedah masakan tanpa atau rendah minyak seperti alat penggoreng udara atau menggunakan kuali tidak melekat semasa memasak.

• Mengesat atau menyerap minyak daripada makanan bergoreng seperti ayam goreng, keropok dan cekodok.

• Minum lebih banyak air kosong berbanding minuman manis.

• Memilih makanan atau minuman dengan label makanan rendah gula atau kurang manis.

• Meningkatkan pengambilan serat seperti sayur, buah, makanan bijirin penuh dan kekacang bagi meningkatkan kekenyangan di samping mendapat nutrien dan manfaat lain.

• Mengambil snek sihat pada saiz hidangan yang sesuai sebagai alas perut di antara masa makan utama bagi mengelakkan rasa lapar. Snek sihat seperti roti bijirin penuh, biskut krim kraker atau buah.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen