Rupanya, Isteri Wajib Minta Izin Suami Kalau Nak Qadha Puasa. Tak Boleh Nak Suka-Suka Puasa Saja.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang isteri kita sememangnya perlu taat dengan suami kita. Selagi apa yang disuruh dan larang tidak melanggar di sisi agama, maka kita sebagai isteri patut untuk mematuhinya. Suami ini merupakan pemimpin dan juga ketua keluarga kita, maka kita patut meminta izinnya sebelum melakukan sesuatu.

Bukan masa nak keluar rumah saja perlu minta izin, tapi ada banyak perkara lain yang perlu minta izin suami. Salah satu contoh adalah puasa qadha’ Ramadhan, adakah kita sebagai isteri perlu minta izin suami sebelum melakukannya?


Ini penjelasan yang isteri perlu tahu.

Hukum menggantikan puasa Ramadhan bagi seorang isteri adalah wajib untuk meminta keizinan suaminya, sekiranya tempoh untuk menggantikannya masih panjang dan suaminya berada di rumah. Ini kerana kewajipan seorang isteri adalah memenuhi hak suaminya.



Berbalik kepada persoalan yang diajukan di atas, bahawa pada asalnya seorang isteri itu wajib meminta keizinan suaminya untuk berpuasa sunat. Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Hammam bin Munabbih R.A, sabda Nabi SAW:

لاَ تَصُمِ الْمَرْأَةُ وَبَعْلُهَا شَاهِدٌ إِلاَّ بِإِذْنِهِ
Maksudnya: Tidak dibenarkan berpuasa bagi seorang wanita (isteri) dan suaminya ada disisinya melainkan dengan keizinannya

Riwayat Muslim (1026)

Imam Nawawi dalam mensyarahkan hadis di atas menyebut:

هَذَا مَحْمُولٌ عَلَى صَوْمِ التَّطَوُّعِ وَالْمَنْدُوبِ الَّذِي لَيْسَ لَهُ زَمَنٌ مُعَيَّنٌ وَهَذَا النَّهْيُ لِلتَّحْرِيمِ صَرَّحَ بِهِ أَصْحَابُنَا
Maksudnya: larangan ini bermaksud ke atas puasa sunat (yang memiliki waktu tertentu seperti puasa hari arafah) dan puasa yang disunatkan yang tidak memiliki waktu tertentu, dan larangan ini merupakan larangan yang menunjukkan pengharamannya sebagaimana yang dijelaskan oleh ashab al-Syafi’eyyah

(Lihat Syarh al-Nawawi ala Muslim, 7/115)

Selain itu, bagi menjelaskan berkenaan dengan puasa qadha’ Ramadhan para ulama menerangkan bahawa tidak dibenarkan bagi sesorang isteri untuk menggantikan puasa Ramadhan tanpa keizinan suami sekiranya waktu untuk menggantikannya masih mempunyai tempoh yang panjang.



Ini sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Ibnu Hajar al-Haithami di dalam kitabnya:

وَيَحْرُمُ عَلَى الزَّوْجَةِ أَنْ تَصُومَ تَطَوُّعًا أَوْ قَضَاءً مُوَسَّعًا وَزَوْجُهَا حَاضِرٌ إلَّا بِإِذْنِهِ أَوْ عَلِمَ رِضَاهُ
Maksudnya: Dan diharamkan ke atas seorang isteri untuk berpuasa sunat atau puasa qadha’ sekiranya tempoh menggantikannya masih berpanjangan dan suaminya datang kepadanya melainkan dengan keizinan suaminya atau dia mengetahui suami meredhainya berpuasa.

(Lihat Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj, 3/461)

Imam al-Syirwani menyebut di dalam hasyiahnya bahawa sekiranya seorang isteri itu berpuasa tanpa keizinan suaminya maka sah puasanya akan tetapi perbuatannya itu haram dan berdosa. Walau bagaimanapun sekiranya suaminya tidak berada di tempat tinggalnya maka diharuskan baginya untuk berpuasa.

(Lihat Hasyiah al-Syirwani ala Tuhfah al-Muhtaj, 3/461)

Justeru, berbalik kepada persoalan dan dalil yang diberikan dapat kami simpulkan bahawa seseorang isteri wajib meminta izin suaminya apabila hendak melakukan puasa ganti atau puasa sunat sekiranya suami berada di rumah. Ini kerana wajib bagi seorang isteri untuk memenuhi hak bagi suaminya. Namun sekiranya suaminya tidak ada dirumah, maka ia boleh berpuasa qadha’ atau sunat. Bahkan sebaiknya meminta keizinan suaminya bagi menunjukkan rasa hormat ke atasnya.

Wallahua`lam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen