Jangan Picit Jerawat Bahagian Segi Tiga Ini, Berisiko Untuk Lumpuh.

Mesti ada yang suka picit jerawat di muka bukan? Tangan pun memang gatal nak ke situ saja. Lagi-lagi bila jerawat itu agak besar dan gatal, tanpa sedar tangan memang akan ke situ.

Memang puas hati kadang kalau picit jerawat yang sudah kekuningan ini. Geram memang geram sebab ia tumbuh di muka kita. Namun tahukah anda, tindakan ini membahayakan diri dan boleh mengancam nyawa sendiri?


Memetik laporan artikel Dr Latif Saad dari TheDiagnosa, terdapat risiko memicit jerawat terutamanya pada bahagian Dangerous Triangle atau segitiga bahaya di muka.



Menurutnya, terdapat kes seorang pesakit wanita berusia 28 tahun yang dikejarkan ke jabatan kecemasan akibat tidak sedarkan diri. Mukanya juga terdapat jerawat besar dan merah menyala pada bahagian pangkal hidung iaitu diantara bahagian mata.

Pesakit yang mempunyai suhu 39 darjah itu juga mula menunjukkan tanda sawan sebelum disahkan mengalami jangkitan selaput otak akibat daripada kehadiran bakteria jenis Staphylococcus areus.

Hasil pemeriksaan mendapati, pesakit berkenaan dijangkiti bakteria itu selepas cuba untuk mengeluarkan jerawat yang ada pada mukanya.

Kawasan segitiga pada muka ini akan membawa darah terus ke kawasan yang dinamakan sebagai Cavernous Sinus.



Cavernous Sinus pula akan membawa darah terus ke bahagian otak. Jika ada jangkitan pada kawasan segitiga yang ditunjukkan, maka risiko jangkitan untuk masuk ke dalam bahagian ini juga tinggi.

Risiko-risiko yang mungkin berlaku sekiranya anda memecahkan jerawat sendiri, khasnya pada kawasan segitiga merbahaya ini adalah:

1. Strok, disebabkan pembentukan darah beku yang ada dalam kawasan sinus.

2. Jangkitan pada otak.

3. Lumpuh saraf disebabkan adanya kuman dalam kawasan sinus. Hasilnya, otot bahagian muka akan terjejas dan penglihatan mulai kabur.

Jika anda mempunyai jerawat yang besar dan mengganggu kehidupan anda, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Elakkan daripada memicit jerawat sendiri kerana ia boleh membahayakan kesihatan.

Anda masih keseorangan?

918,224 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen