Susah Sangat Ke Nak Minta Maaf? Kata "Maaf" Itu Cukup Dah Nak Lembutkan Hati.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kata maaf ini nampak macam senang saja nak diluahkan tetapi ia sebenarnya adalah yang paling susah dan payah sekali. Nak-nak lagi setiap orang memiliki ego mereka yang tersendiri.

Ego setiap orang ini berbeza-beza, ada yang boleh mengalah demi masa depan dan rasa sayang yang dia rasa. Tapi ada juga yang mahu kekalkan ego mereka dan sanggup terluka atau kehilangan seseorang yang dia sayang demi pertahankan ego mereka.



Jadi anda yang mana?

Tak semua orang mampu nak kata maaf ini, bagi mereka ego akan tercalar kalau katakan perkara ini. Tapi ada juga yang mudah saja nak katakan maaf ini, namun ada yang menganggap bahwa kata maaf ini adalah satu perkara yang murah saja.



Dalam perhubungan, kata maaf ini tersangatlah penting untuk perbaiki hubungan yang renggang. Kadang tak perlu nak tunggu siapa salah atau siapa betul, kata maaf ini mampu sejukkan hubungan yang sedang panas.

Tapi tak semua orang mampu menyatakan kata ini. Boleh jadi dengan menyatakan maaf ini akan membuatkan ego mereka tercabar dan dipandang rendah oleh pasangan. Sedangkan bukan itu yang terjadi.

Jika dengan mengalah dan menyatakan maaf ini dapat jernihkan hubungan dan perbaiki hubungan tentunya anda patut lakukan ini kalau sayangkan hubungan anda. Jangan terlalu ikutkan ego kerana akhirnya ia akan memakan diri sendiri dan akhirnya memusnahkan hubungan yang anda bina.



Tak payah susah-susah nak pujuk pasangan yang terasa hati dengan pelbagai kejutan atau hadiah yang mahal, tapi dengan mengaku salah ataupun meminta maaf telah sejukkan hatinya. Rasa seronok dapat hadiah atau kejutan itu memang seronok tapi tak sama dengan kata maaf yang keluar dari mulut anda.

Kenapa susah-susah nak fikirkan pelbagai cara sedangkan cara yang mudah itu ada.

Jangan fikir berapa lama masa yang diperlukan untuk menyatakan ini tapi fikirkan apa yang terjadi kalau anda biarkan salah faham dan pertengkaran ini berlarutan. Mungkin hari ini anda seronok pasangan mengalah dan memintaa maaf dulu tapi lama-lama dia pula yang tawar hati dengan hubungan dan juga ego anda.

Susah sangat ke nak minta maaf kalau memang itu salah anda?

Susah sangat ke nak minta maaf demi selamatkan hubungan yang ada?

Dalam hubungan saling memaafkan itu perlu kalau ingin terus pertahankan hubungan yang terbina.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen