Orang Lelaki dalam Cari Isteri Memang Ego, Tapi Bila Dah Jumpa Yang Berkenan Di Hati Terus Tak Pandang Lain.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tanyalah mana-mana lelaki mengenai ciri-ciri isteri idamannya, tentu saja akan dia katakan mahukan yang begitu sempurna. Sampaikan kita yang mendengar ini pun jadi macam tak yakin akan diri sendiri.

Orang lelaki ini bila bercakap mengenai isteri idamannya memang tak pandang kiri kanan dia punya kata. Tapi itulah, sudahnya bila dah dapat isteri tak macam yang dia katakan pun. Tak lebih dan tak kurang, bagi dirinya sedap mata memandang.



Mana-mana lelaki tentunya nak wanita yang berkualiti sebagai suri hidupnya. Wanita tersebut akan menjadi peneman hidupnya malah akan jadi ibu kepada anak-anaknya, tentu saja dia mahukan yang terbaik.

Namun begitu, orang lelaki ini dimulut saja kata nak yang sempurna persis bidadari tapi bila hatinya telah berkenan, dia tak kisah pun siapa diri anda. Malah dia dengan berlapang dada terima anda seadanya. Mereka ini tidak serumit wanita.

Wanita bagaimana yang lelaki selalu idamkan?



Seorang yang ayu dan lembut

Mampu cairkan mana-mana lelaki, wanita seperti ini tentunya menjadi idaman lelaki. Baginya terasa senang dan sejuk mata memandang bila mana pasangannya seperti ini. Ada juga yang menyatakan bahawa wanita seperti ini akan membuatnya hari-hari jatuh cinta.

Namun begitu, keayuan dan kelembutan itu sememangnya ada dalam diri seorang wanita. Cuma ada yang tidak terlalu menonjol ada juga yang memang begitu kelihatan. Memiliki wanita seperti ini memang menjadi idaman tetapi mereka lebih memilih yang menyenangkan hati.

Manja dan penyayang

Sikap manja seorang perempuan ini mampu mencairkan ego seorang lelaki. Mungkin jika dilihat dari luar lelaki ini seperti dingin dan juga baran tapi mereka akan kalah dengan manjanya seorang wanita. Nak-nak lagi kalau wanita itu adalah orang yang dia sayangi, tentu saja dia akan mengalah dengannya.

Mana-mana wanita memiliki sikap seperti ini cuma kadang kala ia akan terlahir secara spontan dan tidak sengaja, cuma yang betul-betul tahu saja akan nampak sikapnya itu.



Menerima dirinya seadanya

Tapi walau apa pun pasangan yang dia impian kan, dia tetap akan mencari seseorang yang menerima baik buruknya. Itu yang penting buat dirinya. Mana tidaknya, perkahwinan ini bukan untuk sehari dua tetapi kalau boleh kekal selamanya. Sentiasa berlapang dada dengan pasangan tentunya membuatkan hubungan lebih kuat.

Bukan itu saja, lelaki sentiasa terasa rendah diri bila mana dia sedari kekurangannya. Maka dengan itu, dia mahukan seseorang yang terima dia seadanya.

Tahu menjaga diri

Mana-mana lelaki tentunya mahukan wanita seperti ini. Bukan saja tahu menjaga dirinya dengan baik, malah dia juga tahu menjaga nama baik keluarga dan juga suaminya kelak. Dia tahu had pergaulan dan tidak bergaul bebas. Malah wanita seperti ini juga sentiasa berfikir sebelum bertindak.



Berpenampilan kemas

Tidak berlebihan tetapi sedap mata memandang. Kalau memakai makeup pun tidak terlalu over tetapi cukup sekadar untuk kelihatan manis dan lebih berkeyakinan. Wanita yang berpenampilan kemas ini lebih menarik perhatian lelaki kerana sedap mata memandang.

Namun perlu diingatkan, jadi diri sendiri itu lebih penting dari anda cuba untuk menjadi orang lain.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen