Berkahwin Bukan Kerana Orang Lain, Tapi Sebab Diri Betul-Betul Bersedia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tiada masa yang tetap untuk seseorang mendirikan rumahtangga. Ada yang bertemu pasangan hidup pada usia yang muda, maka perkahwinan juga akan berlaku pada usia yang muda. Tapi ada juga yang berjumpa pasangan hidup saat usianya sudah mencecah 30an. Bila nak kahwin dan dengan siapa kita berkahwin itu bukan satu teka teki yang mudah untuk dijawab.

Jadi tiada istilah kahwin muda lebih baik atau kahwin lambat lebih baik. Kedua-duanya sama saja kalau masing-masing telah bersedia untuk mendirikan rumahtangga.



Perkahwinan bukan untuk sehari dua

Ada orang jumpa pasangan mereka dua tiga bulan, selepas itu ikat tali pertunangan dan berkahwin. Seperti tiada masalah dan semuanya berjalan dengan lancar. Tapi ada juga yang berkenalan bertahun-tahun tapi akhirnya putus di tengah jalan.

Seperti dalam surah Al-Imran ayat 54: Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”.



Berapa lama perkenalan kita dengan pasangan itu tidak menjamin pun untuk kebahagiaan rumahtangga yang dibina. Belum tentu yang kenal sekejap tak bahagia dan tak boleh kekal lama, begitu juga dengan yang telah kenal bertahun-tahun.

Bukan tempoh perkenalan itu yang penting, tetapi yang lebih penting adalah bagaimana kalian mengawal rumahtangga yang terbina itu. Kalau ada saling berkerjasama dan bertolak ansur tentu hubungan lebih harmoni.

Bersediakah diri?

Bukan saja pasangan yang memainkan peranan penting dalam membentuk rumahtangga yang bahagia tetapi diri sendiri juga memainkan peranan penting. Jangan kita berkahwin ini kerana terikut-ikut melihat orang lain berkahwin.



Nanti, tanggungjawab yang perlu dilaksanakan juga akan rasa seperti terpaksa dan juga tidak bersedia. Mana tidaknya, rasa desakan orang sekeliling yang membuatkan anda perlu berkahwin, tapi untuk melaksanakan tanggungjawab anda perlu memaksa diri sendiri.

Sebab itulah pentingnya untuk ada rasa bersedia memikul tanggungjawab sebelum berkahwin. Baik lelaki atau perempuan, kedua-duanya perlu ada perasaan ini.

Jangan berkahwin kerana orang lain

Banyak yang berlaku berkahwin kerana orang lain. Ada yang berkahwin kerana desakan orang sekeliling seperti ibu bapa, bahkan ada juga yang berkahwin kerana melihat rakan-rakan sudah berkahwin. Itu belum lagi yang berkahwin kerana ingin melupakan bekas kekasih.

Sebelum membuat keputusan untuk berkahwin, pastikan anda perbaiki niat anda terlebih dahulu. Niat berkahwin ‘kahwin kerana Allah’.



Namun demikian, berapa ramai diantara kita yang memahami konsep ini? Terdapat sebuah hadis berkaitan niat yang berbunyi seperti ini:

“Segala amalan adalah berdasarkan hati. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijarahan kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang diinginnya.” (Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Maka dengan itu, apa yang kita niatkan itu adalah perkara yang paling penting sekali. Jadi, sebelum mendirikan rumahtangga pastikan anda perbaiki dahulu niat anda.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen