Sering menjadi keraguan buat mereka yang kurang memahami dan tidak jelas akan perkara sebegini,. Namun perkara sebegini adalah satu perkara biasa dalam masyarakat kita cuma ia kurang berlaku saja.
Jika seorang itu kematian isteri adakah sah dia bernikah pula dengan adik iparnya?
Situasi seperti ini mungkin jarang berlaku, tetapi tetap saja ada. Kadang kala ia menimbulkan salah faham terhadap orang ramai. Ramai yang tak tahu dalam istilah masyarakat kita, situasi seperti ini dipanggil “salin tikar”.
Namun begitu, bagaimana pula dalam Islam? Adakah perkara sebegini dibolehkan?
Ini penjelasan yang perlu anda fahami.
Ipar adalah termasuk dalam golongan mahram yakni mahram sementara.
Maksud sementara ialah selama seorang itu masih berstatus sebagai suami kepada isterinya maka haram dan tidak sah dia bernikah pula dengan adik atau kakak iparnya.
Maka apabila seorang itu telah bercerai dengan isterinya dengan talak raj’ie dan telah habis edahnya maka sah dia bernikah dengan iparnya itu.
Firman Allah Taala :
وَأَنْ تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ
Artinya : “Dan haram bahawa kamu himpunkan antara dua perempuan yang bersaudara.” (An-Nisaak : 23)
Maksud ayat ini ialah tidak boleh seorang lelaki berkawhin dengan dua orang wanita yang mereka berdua adalah adik beradik atau antara anak saudara dan ibu saudara pada masa yang sama yaitu dalam satu perkahwinan. Maka jika telah bercerai dengan adiknya dan habis edahnya maka sah dia bernikah pula dengan kakaknya atau apabila telah bercerai dengan kakaknya dan telah habis edahnya maka sah dia bernikah pula dengan adiknya.
Tetapi jika isterinya meninggal dunia maka tidak perlu dia menunggu sebarang edah yakni sah dia bernikah dengan iparnya samada adik atau kakak si mati selepas kematiannya kerana dikira telah terputus perkahwinan dengan kematian.
Tersebut pada Majlis Fatwa Mesir :
فإذا توفيت زوجة الرجل وأراد أن يتزوج أختها فليس عليه انتظار لانقضاء عدة الوفاة أو غيرها، لانقطاع الزواج بالموت.
صحيح أنه لا يمكن الجمع بينهما، كما قال تعالى: وَأَنْ تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ [النساء:23].
ولا يتزوج أختها بعد طلاقها حتى تخرج من العدة إذا كان الطلاق رجعياًدار الإفتاء المصرية
Artinya : “Maka apabila isteri seorang lelaki meninggal dunia dan dia mahu berkahwin dengan saudaranya maka tiada perlu dia menunggu edah wafat atau edah yang lainnya kerana telah terputus perkahiwnan dengan sebab mati.
Benar sungguhnya tidak harus menghimpunkan antara dua bersaudara sebagaimana firman Allah : Dan haram kamu himpunkan antara dua yang bersaudara dan tiada boleh berkahwin akan saudara isteri selepas menceraikannya sehingga lepaslah isterinya itu dari edahnya apabila adalah talak itu talak raj’ie.” (Darul Fatwa Mesir)
KESIMPULAN
Apabila seorang lelaki menceraikan isterinya dan dia ingin berkahwin pula dengan iparnya maka wajib dia menunggu isterinya itu selesai dari edahnya jika talak itu talak raj’ie kerana jika belum selesai lagi edah dengan isterinya kemudian dia berkahwin pula dengan iparnya maka jadilah dia beristerikan dua orang yag bersaudara yang diharamkan oleh Allah di dalam Al-Quran.
Ada pun jika isterinya meninggal dunia maka dia tidak wajib menunggu sebarang edah maka sah dia berkawhin pula dengan iparnya kerana hubungannya dengan isterinya telah putus dengan sebab kematiannya itu.
wallahua’lam
Tinggalkan Komen