Sekecewa Mana Pun Dilukai, Jangan Sampai Sakitkan Diri Sendiri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila telah jatuh sayang terhadap seseorang, tentunya kita paling takut untuk kehilangan dan juga dikecewakan. Tapi adat pertemuan tentunya ada perpisahan, cepat atau lambat perkara ini tentu akan berlaku.

Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang saja selebihnya telah ditentukan oleh Allah S.W.T, dia lebih mengetahui segalanya yang baik untuk kita sebagai hamba.



Bukan kita pinta perpisahan yang terjadi, tapi percayalah bahawa ada hikmah disebalik apa yang berlaku itu. Bila sudah tertulis jodoh kita bukan dengannya, jangan terus membiarkan luka merosakkan diri kita sendiri. Bukan mudah nak melupakan

Jangan sakiti diri sendiri

Memang perit sebenarnya nak move on ini, tapi itulah kenyataan yang perlu diterima. Jangan hanya kerana hubungan separuh jalan membuatkan anda memilih untuk menyakiti diri sendiri.



Ada yang menjauhkan diri dari semua orang, tak lalu makan malah anda juga yang sengaja melukakan diri sendiri. Memang setiap orang berlainan ketahanannya, tetapi bila rasa diri macam sudah tidak kena segera minta bantuan rakan-rakan atau orang sekeliling.

Jangan terlalu ikutkan rasa sedih kerana tanpa sedih dan kecewa anda tidak akan menghargai saat-saat bahagia.

Percaya ada yang lebih baik

Setiap yang berlaku tentunya ada hikmah disebaliknya, maka dengan itu jangan terlalu lama sangat bersedih atau kecewa. Ini kerana, jika terlalu lama anda juga akan lambat melihat apa yang baik dihadapan anda. Tidak selamanya seseorang itu diuji, tentu saja akan ada sesuatu yang lebih akan datang sebagai ganti.

Allah tidak akan memberikan apa yang anda mahukan, tetapi Allah akan beri apa yang terbaik untuk diri anda. Maka dengan itu sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Terima dengan berlapang dada

Mula-mula memang sedih dan begitu kecewa tetapi cuba untuk berfikiran positif dan juga berlapang dada. Jika anda terus menerus mengikut hati dan perasaan tentu saja ia akan memberi kesan negatif kepada diri anda.



Bukan itu saja, jangan terus tutup pintu hati tetapi sentiasa beri peluang untuk membuka hati anda. Siapa tahu hubungan selepas ini adalah hubungan yang tepat buat diri anda.

Mencari pasangan hidup ini bukan mudah. Bukannya dengan sekali pertemuan anda akan bersamanya selamanya. Boleh jadi, anda akan berdepan dengan kelukaan terlebih dahulu sebelum jumpa kebahagiaan. Tapi sentiasa percaya kepada apa yang dirancang oleh Allah.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen