Ini Rahsia Dalam Diam Orang Lelaki, Memang Susah Mereka Nak Kongsi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang mempunyai rahsia mereka yang tersendiri. Sama ada rahsia yang dia kongsikan bersama dengan orang dipercayai ataupun hanya simpan untuk diri sendiri. Biasanya, orang perempuan ini lebih terbuka untuk berkongsi berbanding dengan orang lelaki yang lebih suka menyimpan rahsia.

Kalau mempunyai rahsia pun biasanya tidak akan tahan lama kerana orang perempuan ini tidak mudah pecahkan rahsia mereka sendiri, berbanding dengan orang lelaki. Lelaki sesama lelaki ini memang pandai menyimpan rahsia.

Masing-masing berhak nak menyimpan rahsia mereka ataupun nak berkongsi rahsia mereka. Namun dalam hubungan, rahsia yang ada ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada hubungan itu sendiri. Kepercayaan dan sikap berkongsi ini sangat penting dalam hubungan.



Kadang kala rahsia itu baik untuk hubungan tapi ada juga yang akan memusnahkan hubungan. Nak tahu rahsia yang selalu orang lelaki simpan di belakang pasangan mereka?

Ini rahsianya.



Perasaan terhadap bekas kekasih

Tidak ada yang tahu mengenai perkara ini. Adakah dia betul-betul telah melupakannya ataupun dia masih menyimpan sedikit perasaan. Biasanya perkara ini tidak akan dikongsikan dengan orang lain kerana bimbang dipandang rendah.
Tapi demi hubungan yang ada sekarang ini, mereka akan perlahan-lahan melupakan perasaan yang ini.

Tidak suka salah seorang keluarga pasangan

Dia akan layan keluarga anda dengan baik di hadapan anda. Tidak kiralah dia selesa atau tidak dengan keluarga anda itu. Namun pada masa yang sama dia masih menyimpan perasaan tidak selesa dengan seseorang itu.

Tapi jangan bimbang, perasaan ini timbul biasanya hanya kerana salah faham saja. Tapi mereka masih mampu nak memberi layanan yang baik. Sama juga kalau mereka tidak selesa dengan rakan-rakan anda.



Anda bukan gadis idamannya

Mana-mana lelaki tentunya akan ada rahsia ini. Tapi mereka lebih selesa menerima seseorang yang menerimanya dengan hati yang terbuka. Jadi, jangan pula perkara ini akan mencetuskan salah faham antara kalian.

Tidak semua perkara yang diidamkan akan menjadi kenyataan bukan?

Masalah yang dihadapi

Orang lelaki ini ada ego mereka yang tersendiri, mereka ini tidak mudah nak kongsi masalah yang dihadapi dengan pasangannya. Mereka tidak mahu membebankan pasangan mereka tetapi mereka sendiri yang akan tunjuk perangai.
Selalukan berdepan dengan perkara ini?

Banyak lagi rahsia lain yang seorang lelaki tidak mahu dikongsikan. Tapi tidak semua rahsia itu akan merosakkan kepercayaan anda kepadanya, boleh jadi ia untuk masa depan kalian.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen