Tak Tahu Nak Bual Apa Dengan Bakal Mertua, Haa... Cuba Guna Topik ini Sebagai Bahan. Tentu Rancak Perbualan Kalian.

Oleh: Zuzu Yasmine

Berjumpa pertama kali dengan keluarga pasangan tentunya akan mengundang rasa sedikit kekok. Tak tahu apa yang hendak diperkatakan ataupun apa yang dilakukan pada masa itu. Mood pun kadang kala berubah-ubah, memang susah nak dugaan betul.

Pelbagai cara nak ambil hati bakal keluarga mertua ini, ada yang bawa buah tangan, rajin bantu di dapur dan ada juga yang mesra alam. Kalau yang mesra alam ini memang mudahlah nak rapat dengan orang tapi yang jenis pendiam dan tak banyak cakap ini, macam mana nak mesra?

Tak susah pun nak mulakan perbualan sebenarnya, dengan menggunakan bahan sekeliling anda, pastinya boleh jadi satu topik perbualan yang menyeronokkan.



Ini antara beberapa topik perbualan yang boleh anda gunakan.

Keadaan cuaca pada waktu itu

Cuaca panas atau waktu hujan boleh digunakan sebagai topik perbualan juga. Sebagai contoh, jika waktu itu adalah hujan ditengah petang atau pagi, mungkin anda boleh katakan tak boleh aktiviti pada waktu itu. Pada masa yang sama juga menyatakan bahawa waktu itu membuatkan kerja tergendala.



Gambar keluarga si dia

Pastinya bila datang rumah seseorang yang baru, anda tentunya nak melihat keadaan rumah tersebut. Yang menarik perhatian tentu gambar yang tergantung di dinding-dinding rumah. Gambar saat pasangan anda masih kecil tentunya menarik perhatian anda. Masa ini tentunya keluarga mertua akan mula kongsi moment yang indah pada waktu itu.

Jadikan adik atau kakak sebagai bahan bualan

Tanya dimana adik atau kakaknya berkerja atau belajar. Kalau boleh tanya dengan lebih mendalam mengenai itu. Selepas itu barulah berkongsi-kongsi pendapat mengenai perkerjaan atau tempat belajar. Topik perbualan ini bukan sesuai dengan ibu bapa pasangan saja tetapi dengan adik beradik pasangan juga.



Haiwan peliharaan ataupun tanaman

Sangat untung kalau keluarga si dia ada mempunyai haiwan peliharaan ataupun mempunyai tanaman seperti bunga. Ini juga sebenarnya boleh dijadikan topik perbualan. Tunjukkan minat anda mengenai haiwan tersebut ataupun pokok-pokok bunga di rumahnya. Kalau ada minat yang sama dengan keluarga si dia tentunya anda boleh mesra dengan keluarga mereka secara mudah.

Rancangan kegemaran

Kalau masa itu kalian sedang menonton tv bersama. Gunakan peluang ini juga untuk berbual dengan mereka. Nak-nak lagi kalau ia cerita kegemaran si ibu atau si bapa, tanyalah mengenai cerita tersebut secara lebih lanjut. Bagaimana jalan cerita dan episod yang lepas. Tentu akan rancak perbualan itu nanti.

Itu antara yang boleh anda gunakan kalau memang tak tahu nak bual apa. Tapi pada masa yang sama boleh juga guna tajuk lain macam masakan, sikap pasangan, aktiviti harian mereka. Dengan orang tua ini anda hanya perlu cakap mengenai hal yang ringan-ringan saja, tentu akan mendapat sambutan yang baik dari mereka.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen