Perasaan suka, sayang dan juga cinta ini memang satu perasaan yang tidak diduga. Tiba-tiba saja ia datang, malah ia juga sukar untuk dikawal. Dengan siapa, dan waktu bila memang diluar jangkaan kita. Ia boleh jadi dengan sangat cepat ataupun sangat lambat. Tapi ada orang dia sangat cepat jatuh cinta pada sesiapa pun yang baru dia kenali.
Jatuh cinta ini memang perkara yang tidak diduga, tapi kalau cepat sangat jatuh cinta ini tentunya akan beri kesan tidak bagus juga pada diri anda. Kadang, pasangan belum meluahkan hala tuju hubungan lagi anda sudah jatuh cinta padanya. Ini sangat bahaya, takut anda yang syok sendiri je nanti.
Nanti mula akan timbul,
Si dia beri harapan palsu...
Cinta bertepuk sebelah tangan...
Hati dipermainkan...
Sedangkan anda yang mudah jatuh cinta. Nak tahu anda ini orang seperti itu atau tidak, baca ini.
Tak perlukan masa yang lama untuk abaikan komitmen
Tanpa ragu-ragu anda mengabaikan apa yang penting dalam hidup anda. Dalam kes seperti ini biasanya anda begitu yakin dengan bakal pasangan anda. Anda percaya bahawa dia juga memiliki perasaan yang sama seperti anda. Jangan disebabkan perasaan anda yang menguasai itu, anda lebih memilih si dia dari perkara lain.
Anda perlu melakukan pertimbangan dahulu sebelum membuat keputusan. Jangan bertindak mengikut emosi tetapi bertindak mengikut apa yang pasti. Jadi, pastikan kalau anda memilih dia, dia juga memiliki perasaan yang sama seperti anda.
Mudah percaya dan memberi harapan
Ramai mereka yang mudah jatuh cinta ini begitu mudah mempercayai seseorang malah memberi harapan yang tinggi kepada orang tersebut. Sedangkan, semua itu belum pasti lagi dari pihaknya. Anda perlu tahu bahawa semua perkara boleh bermula dengan tipu muslihat. Kadang sikapnya yang sememangnya mengambil berat dan bukan hanya lakukan kepada anda tetapi pada semua orang disekelilingnya.
Itu yang membuatkan anda tanpa sedar mula percaya dan mengharap kepadanya. Jadi, lebih baik anda memberi masa kepada hubungan kalian agar lebih jelas tentang perasaan anda dan juga dirinya.
Beri hadiah yang berlebihan
Kalau dah sayang sememangnya ingin membahagiakan, tapi perlu ingat bahawa tindakan anda ini menunjukkan anda berlebihan. Anda bersikap agresif dalam hubungan yang tidak jelas. Walaupun sikapnya begitu baik dan membuat anda selesa, tapi anda perlu menahan diri sehingga benar-benar yakin bahawa dia tidak akan mengecewakan anda.
Terlalu bergantung kepadanya
Tanda ini juga akan anda pada mereka yang mudah jatuh cinta. Menunjukkan sikap anda yang sebenar seperti manja, baik dan juga peramah itu adalah perkara biasa tetapi kalau anda bergantung kepadanya tentu saja itu bukan tindakan yang betul.
Jangan lakukan tindakan seperti ini, ia jelas menunjukkan perasaan anda. Lebih baik anda berdikari dan juga kawal diri anda. Jika anda bertindak seperti ini, kemungkinan dia pula yang ambil kesempatan ke atas anda.
Lebih utamakan dia
Paling membimbangkan sebenarnya adalah anda akan lebih mengutamakan diri dia berbanding diri anda sendiri. Hubungan seperti ini sememangnya biasa mengubah apa yang penting dalam hidup anda. Malah, apa yang anda tahu adalah memastikan dia bahagia walaupun anda terluka.
Walaupun jatuh cinta ini tidak boleh dikawal, tapi anda masih berpeluang untuk mengawal tindakan anda. Selagi hubungan anda dan dia masih terawang-awang dan tidak pasti, jangan korbakan perkara lain. Lebih baik fokus kepada diri anda saja.
Tinggalkan Komen