Isteri Kena Selalu Senangkan Hati Suami, Begini Caranya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Suami isteri perlu saling melengkapi dan juga saling menyenangkan antara satu sama lain. Tapi kadang kala masing-masing tidak dapat selami perasaan masing-masing. Itu yang membuatkan hubungan semakin melarat.

Kadang suami dah cuba yang terbaik untuk senangkan hati isteri, tapi isteri pula sebaliknya.



Begini caranya nak jadi isteri yang menenyangkan hati suami.

1. Ambil berat mengenai perkara kecil

Jangan harapkan suami saja yang perlu ambil perhatian mengenai perasaan yang anda alami, anda sebagai isteri juga perlu selami perasaan suami. Bila nampak wajahnya muran, tanya mengapa dan kenapa. Bila lihat dia resah dan gelisah, cuba untuk tenangkan dirinya.

Sedikit sebanyak, dia akan terasa ada yang mengambil berat dirinya dan juga rasa disayangi. Walaupun tak dapat meringankan tapi perkara sebegini juga membantu sebenarnya. Jangan buat tak tahu saja.



2. Cari penyelesaian bukan sakitkan telinga

Isteri dan juga leteran memang tidak dapat dipisahkan. Tapi, jangan sampai leteran itu membuat suami rasa tak senang dan juga panas telinga. Bukan leteran seperti sindiran atau ugutan tapi lebih elok kalau ia berunsurkan nasihat. Leteran yang panjang ini boleh bertukar menjadi pergaduhan kalau tak berhati-hati.

3. Jangan merendahkan suami

Tidak kiralah walaupun anda berkerjaya, gaji lebih besar atau pangkat lebih tinggi, tapi suami masih lagi orang yang perlu anda hormati. Jangan dengan kata-kata anda ini merendahkan dirinya sehingga dia merasakan dia bukan suami yang baik.

Jangan rendahkan suami, mereka ini juga sama seperti anda yang inginkan sokongan dan juga perhatian bila berdepan dengan sesuatu yang tidak diingini.



4. Fahami suami

Kalau mood isteri sentiasa berubah-ubah, suami juga kadang kala akan begitu. Mungkin kerana dia sedikit keletihan ataupun mungkin juga dia berdepan dengan masalah. Cuba fahami dirinya jangan tambah keserabutan yang sedang dia rasai. Mungkin dia tidak bercakap memgenai apa yang dia rasa tapi anda perlu memahaminya juga.

5. Sentiasa berhias untuk suami

Rajin-rajinkan diri untuk berhias untuk suami, bukan nak keluar rumah saja baru berhias. Suami pula dekat rumah tengok yang sebaliknya. Biar seimbang, bila keluar anda rajin bersiap tapi bila dekat rumah lagi bersemangat nak bersiap sebab nak tunjuk pada suami. Suami pun lagi tak sabar nak balik rumah.

Jangan nak suami saja senangkan hati isteri tapi, isteri pun kena senangkan hati suami. Barulah rumahtangga lebih harmoni.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen