Tiba Hari Bahagia Semua Nampak Langsing Dengan Bengkung, Tapi Jangan Sampai Salah Guna...

Oleh: Zuzu Yasmine

Mana-mana wanita tentunya nak nampak langsing di hari bahagia mereka. Ramai yang akan menggunakan bengkung untuk peroleh penampilan idaman itu. Tapi tak akan beli mahal-mahal nak guna sekali dua saja.

Malah tentunya, ramai yang akan cuba-cuba menggunakan bengkung ini sebelum tiba hari bahagia lagi. Eh selesa ke kalau guna hari-hari?

Tentunya tak, tapi sebabkan nak bentuk badan idaman rela seksa diri.



Menurut pakar fisioterapi, Nurul Farahena Ahmad, bengkung atau nama lain boleh dikenali sebagai lumbar atau back support selalunya digunakan oleh wanita selepas bersalin atau mereka yang mengalami masalah atau kecederaan tulang belakang.



Jelasnya, penggunaan bengkung telah disalah gunakan oleh sesetengah pihak dengan menjual secara berleluasa dan mempromosikan kebaikan bengkung seperti dapat mengurus dan merampingkan badan kepada umum.

“Lebih membimbangkan ia dijual tanpa mengambil kira kesan buruk yang bakal dialami oleh individu yang terpedaya dan menggunakan bengkung secara berterusan dan harian,” katanya.

Oleh itu, hari ini kami ingin berkongsi kesan buruk jika memakai bengkung setiap hari:

i) Radang kulit-kulit akan mudah terkena jangkitan kuman disebabkan peluh dan pengudaraan yang kurang baik.

ii) Asid reflux-tekanan di bahagian pertengahan badan yang boleh menyebabkan perut tertekan ke atas dan mengalami pedih ulu hati dan masalah penghadaman adalah tinggi.

iii) Gangguan pernafasan-tekanan yang tinggi yang diberikan oleh bengkung lalu menghimpit rusuk dan paru-paru menyebabkan seseorang individu kekurangan oksigen dan isipadu udara yang masuk didalam paru-paru berkurang.


iv) Lebam-saluran darah yang halus pecah dan menyebabkan darah terkumpul di bawah permukaan kulit

v) Kebas di bahagian kaki kerana saraf terhimpit atau otot menjadi tegang.

vi) Otot akan menjadi lemah dan mudah sakit.

vii) Masalah emosi-emosi akan mudah terganggu disebabkan kemahuan yang tinggi menginginkan keputusan yang cepat seperti kurus dan ingin pinggang ramping.

Sehingga kini masih belum ada kajian yang menyatakan bengkung dapat menguruskan berat badan.

“Untuk kurangkan berat badan dengan hanya pakai bengkung memang tiada bukti. Kita kena tengok logik juga… Kalau seseorang itu hendak menghilangkan berat badan, dia perlulah mengamalkan diet seimbang dan bersenam,” tambahnya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen