Suami Kena Tahu Batas Bermesra Dengan Isteri Saat 'Uzur', Tak Boleh Ikut Suka Je.

Oleh: Zuzu Yasmine

Isteri perlu taat kepada suaminya, segala kata yang tidak memudaratkan diri sendiri atau salah di sisi agama itu boleh diikuti. Tapi jangan kerana sayang, segala kata suami hanya tahu patuh saja.

Jadi suami pula, kena lebih tahu hukum hakam agama ini. Kan dah jadi ketua keluarga dan pemimpin, mesti kena belajar lebih bab agama. Barulah isteri akan lebih hormat pada anda.

Baru-baru ini, ada saja kes yang mana

"Suami tidak mampu bersabar kerana isterinya tidak melayani keinginan kerana dalam patang melahirkan anak. Malah, ada juga yang kata isteri menolak untuk bermesra kerana sedang uzur."




Perkara-perkara sebegini banyak mengganggu suami isteri.

Jadi waktu isteri sedang mengalami haidh dimanakah sempadan yang dibolehkan bagi suaminya bermesra dengannya?



Penjelasan:

Hukum suami bermesraan dengan isterinya ketika isterinya itu sedang mengalami haidh ada tiga keadaan.

Pertama : Bersetubuh

Maka hukumnya adalah haram ia dengan ijmak sekelian ulamak.

Firman Allah :

فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ
Artinya : “Hendaklah kamu sekelian tidak menyetubuhi isteri-isteri ketika sedang haidh.” (Al-Baqarah : 222)

Berkata Imam Nawawi :

أجمع المسلمون علي تحريم وطئ الحائض للآية الكريمة والاحاديث الصحيحة
Artinya : “Telah ijmak sekelian Muslimin atas diharamkan menyetubuhi isteri yang haidh kerana berdalilkan ayat Quran dan hadith yang sahih.” (Kitab Al-Majmu’)



Kedua : Persentuhan Selain Antara Pusat Dan Lutut

Maka hukumnya adalah harus dengan sepakat sekalian ulama.

Berkata Imam Nawawi :

الْمُبَاشَرَة فِيمَا فَوْق السُّرَّة وَتَحْت الرُّكْبَة بِالْقُبْلَةِ أَوْ الْمُعَانَقَة أَوْ اللَّمْس أَوْ غَيْر ذَلِكَ , وَهُوَ حَلال بِاتِّفَاقِ الْعُلَمَاء
Artinya : Bermula persentuhan pada anggota yang selain antara pusat dan lutut samada dengan ciuman atau pelukkan atau menjamah atau lainnya adalah halal dengan sepakat ulamak.” (Kitab Syarah Muslim)



Ketiga : Persentuhan Anggota Antara Pusat Dan Lutut


Maka hukumnya berlaku perselisihan dikalangan ulamak-ulamak mazhab yaitu jumhur ulamak mengharamkannya dengan tiada berlapik dan sebahagian yang lain mengharuskannya selain faraj.

Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah :

وَاخْتَلَفَ الْفُقَهَاءُ فِي الاِسْتِمْتَاعِ بِمَا بَيْنَ السُّرَّةِ وَالرُّكْبَةِ ، فَذَهَبَ جُمْهُورُ الْفُقَهَاءِ - الْحَنَفِيَّةُ وَالْمَالِكِيَّةُ وَالشَّافِعِيَّةُ إِلَى حُرْمَةِ الاِسْتِمْتَاعِ بِمَا بَيْنَ السُّرَّةِ وَالرُّكْبَةِ
وَذَهَبَ الْحَنَابِلَةُ إِلَى جَوَازِ الاِسْتِمْتَاعِ مِنَ الْحَائِضِ بِمَا دُونَ الْفَرْجِ ، فَلَهُ أَنْ يَسْتَمْتِعَ بِمَا بَيْنَ السُّرَّةِ وَالرُّكْبَةِ
Artinya : “Dan telah berselisihan para fuqahak pada bermesraan pada anggota isteri yang antara pusat dan lutut. Maka berjalan olih jumhur fuqahak yaitu ulamak mazhab Hanafi dan Maliki dan Syafie kepada diharamkan bermesraan dengan anggota antara pusat dan lutut.

Dan berjalan olih ulamak mazhab Hanbali kepada harus bermesraan dari isteri yang haidh itu dengan selain faraj. Maka harus bagi suami itu bermesraan barang yang antara pusat dan lututnya.”



Kesimpulan

Ulamak berselisih pada hukum bermesraan dengan isteri yang sedang haidh yaitu jumhur ulamak mazhab berkata dengan haram berseronok atau bermesraan pada anggota yang antara pusat dan lutut isteri.

Dan mazhab Hanbali hanya mengharamkan bersetubuh sahaja dan sebahagian fuqahak mazhab Syafie dan Maliki dan Hanafi juga berjalan dengan pendapat ini.

Dan setengah fuqahaak memberi perincian yaitu bagi orang yang mempunyai kesabaran yang kuat menahan nafsunya bolih ia mengikut pendapat yang hanya mengharamkan bersetubuh manakala orang yang tidak kuat menahan nafsunya hendaklah beramal dengan pendapat jumhur ulamak yaitu halal sekeliannya melainkan antara pusat dan lutut.

Berkata Al’Allamah Syeikh Ali As-Sobuni :

إِنَّ السَّمَاحَ بِالْمُبَاشَرَةِ فِيْمَا بَيْنَ السُّرَّةِ إِلَى الرُّكْبَةِ قَدْ تُؤَدِّيْ إِلَى الْمَحْظُوْرِ، لِأَنَّ مَنْ حَامَ حَوْلَ الْحِمَى يُوْشِكُ أَنْ يَقَعَ فِيْهِ، فَالْاِحْتِيَاطُ أَنْ نُبْعِدَهُ عَنْ مَنْطِقَةِ الْحَظَرِ
Artinya : "Bermudah-mudah dengan bermesraan pada barang antara pusat dan lutut itu terkadang mengheret kepada yang dilarang dari kerana sungguhnya siapa yang bermain berdekatan kawasan larangan maka hampirlah akan terjatuh di dalamnya. Maka yang lebih cermat ialah kita menjauhi kawasan sangkaan yang dilarang.” (Kitab Rawai’ul Bayan)

wallahua’lam





Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen