Jangan malu! Lakukan ujian air mani tentukan kesuburan lelaki.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rezeki mendapatkan zuriat agak lambat ini kadang kala akan mengundang isu yang sensitif. Nak-nak lagi pada pasangan yang sudah bertahun-tahun menunggu kehadiran cahaya mata dalam rumahtangga mereka.

Bila bercakap mengenai isu ini, selalunya isteri atau wanita yang akan dipersalahkan manakala orang lelaki lebih mudah lepas tangan.



Isteri biasanya mudah berkerjasama dalam melakukan pelbagai pemeriksaaan, berlainan pula dengan orang lelaki yang agak liat untuk melakukan kerana bimbang ego mereka tercalar.

Tapi, bukan masalah kesuburan ini hanya terletak pada isteri saja, boleh jadi ia boleh berlaku kepada suami juga. Biasanya berpunca disebabkan pengeluran sperma yang rendah.

Masalah ini boleh diketahui dengan melakukan beberapa pemeriksaan seperti ujian air mani.

Apa itu ujian air mani?

Berdasarkan petikan dari Hello Doktor, ujian ini dikenali sebagai ujian jumlah sperma, dimana ia akan menganalisis kesihatan dan daya tahan sperma lelaki. Dalam ujian ini, ia akan mengukur 3 faktor utama kesihatan sperma seperti:

  • Kuantiti sperma
  • Bentuk sperma
  • Pergerakan sperma atau sperm motility

Doktor akan melakukan 2 atau 3 analisi sperma yang berasingan untuk ketahui tahap kesihatan sperma. Ujian ini mungkin akan mengambil masa 2 atau 3 bulan. Ini kerana kiraan sperma boleh berbeza setiap hari.



Cara perbaiki jumlah sperma

Mungkin ramai yang tak tahu jumlah sperma ini boleh diperbaiki menjadi lebih sihat dengan beberapa cara.

1. Mengurangkan pengambilan atau mengelakkan terus minuman alkohol.

2. Menghindari kafein antara 2 hingga 5 hari sebelum ujian

3. Elakkan merokok

4. Kurangkan berat badan atau dapatkan berat seimbang

5. Elakkan haba panas pada zakar

6. Kurangkan tekanan

7. Elakkan ejakulasi selama 24 hingga 72 jam sebelum ujian dilakukan

Hasil keputusan
Ada beberapa maklumat yang akan ketahui hasil ujian yang dilakukan seperti:

1. Jumlah sperma

Jumlah sperma normal adalah 15 juta sperma setiap mililiter (ml) air mani. Sperma akan dianggan rendah jika kurang dari kuantiti tersebut.

2. Pergerakan sperma



Sperma yang baik adalah 50% daripadanya bergerak aktif.

3. Bentuk sperma

Air mani normal akan mempunyai sekurang-kurangnya 4% sperma berbentuk normal.

4. Isipadu

Jumlah normal sekurang-kurangnya 1.5ml atau kira-kira setengah sudu teh.

5. Tahap pH

Ukuran ini dapat menentukan tahap keasidan dalam air mani anda. pH normal adalah antara 7.1 dan 8.0.

6. Masa pencairan

Air mani normal akan keluar secara pekat semasa ejakulasi. Masa pencairan akan diukur bagi melihat berapa lama yang diperlukan sebelum menjadi cair. Biasanya dalam tempoh 20 minit.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen