Jodoh setiap orang itu berbeza, ada datang awal ada juga datang lambat. Tapi, paling penting jodoh datang pada waktu dan orang yang tepat.
Walaupun ada yang berkata belakang, tapi itu bukanlah satu isu untuk mendirikan perkahwinan pada usia yang masih muda. Dah, jodoh sampai awal tak akan nak menolak pula kan.
Itulah yang dilalui oleh wanita bernama Aisyah Zainal ini apabila dia memilih untuk menamatkan zaman bujangnya pada usia 19 tahun.
Beza 7 tahun
Sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-4, Aisyah throwback kembali kenang bersama suami diawal perkahwinan. Jelasnya, dia tak sangka akan berkahwin pada usia muda iaitu 19 tahun dan suaminya 26 tahun. Malah, perkenalan dia dan suami dalam tempoh yang singkat, namun bersyukur kerana mereka serasi dan akirnya memilih untuk mendirikan rumah tangga.
Tak rugi kahwin awal
Telah dikurniakan seorang cahaya mata, ibu muda ini menyatakan bahawa tahun pertama perkahwinan adalah tempoh agak mencabar. Pada ketika itu, masing-masing cuba menyesuaikan diri untuk hidup bersama. Itu belum lagi kata-kata orang sekeliling yang kurang enak didengari.
Terpikat dengan kerajinan suami
Menurut Aisyah lagi, kerajinan suaminya dalam mencari rezeki buat keluarga membuatkan dirinya tertarik. Bukan hanya melakukan satu kerja saja, suaminya berusaha melakukan pelbagai kerja untuk menyara keluarga dengan berniaga mahupun menjadi seorang bilal.
Tidak kiralah berkahwin pada berapa sekalipun, tapi jika tahu menjaga perkahwinan sebaiknya tentu kebahagiaan akan terasa.
Tinggalkan Komen