Suami isteri jangan lupa mandi dulu selepas 'bersama', jangan terus tidur

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkara yang mudah ini biasanya lebih senang terlupa. Bila tak menjadi amalan, memang cepat dilupakan walaupun sudah ketahui perkara tersebut.



Namun, sesetengah dari kita memandang remeh bab ini tanpa ketahui azab yang menanti.

Bagi pasangan suami isteri selepas menyelesaikan hajat, ada yang memilih untuk tidur dengan menunda mandi junub tanpa alasan yang jelas.



Dalam kitab Shahih At Targhib wa At Tarhib, ada satu bab khusus bertajuk "Ancaman Menunda Mandi (Junub) Tanpa Alasan".

Di bab tersebut terdapat cantuman dua hadis shahih yang menyatakan ancaman menunda mandi junub tanpa alasan.

Apa ancamannya?

Orang yang menunda mandi junub tidak akan didekati oleh malaikat rahmat.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:



Bagi mereka yang menunda mandi junub dengan alasan malas, maka ia tidak akan didekati oleh malaikat rahmat. Namun, apakah seseorang harus segera mandi junub selesai hubungan?



Rasulullah mencontohkan, setelah menunaikan hajat bersama isterinya kadang kala beliau langsung mandi junub, kadang kala tidak lansung mandi junub. Namun, ketika beliau tidak terus mandi junub, maka beliau akan berwudhu dulu sebelum tidur.



Orang yang tidak mandi hadas (junub/besar) apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka. Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam Islam.

Semoga perkara ini dapat mengubah cara hidup kita menjadi lebih baik dalam rumahtangga.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen