Isteri itu adalah amanah Allah yang dikirimkan kepada suami. Walaupun saling jatuh cinta sebelum ini, tetapi bila akad sudah terlafaz maka isteri adalah tanggungjawab kepada suaminya.
Seorang isteri sememangnya perlu taat kepada suaminya, ini kerana suami itulah lubuk pahala buat seorang isteri. Di luar sana, ramai isteri-isteri yang taat dan begitu sayang pada suaminya.
Namun begitu, jangan pula kerana kasih sayang itu isteri menjadi mangsa suami yang tidak berpegang teguh pada amanahnya. Seperti kisah yang dikongsikan oleh Alifnunwau Nymous ini tentunya akan menyentuh hati sesiapa saja yang membaca.
Menurut Alifnunwau, seorang isteri yang taat dan penuh dengan senyuman akhirnya pergi kerana sikap suami yang tak amanah dalam menjaganya.
Jelas Alifnunwau, kerana pentingkan ego dan sikap sombongnya seorang suami, isteri menjadi mangsa. Lebih menyedihkan, tiada sedikit pun reaksi sedih dari suami.
Isteri bukan bahan uji kaji, tapi amanah yang perlu dijaga dan dibimbing. Jaga dan rawat isteri sebaik mungkin jangan pertaruhkan nyawa insan yang ikhlas menyayangi anda.
Tinggalkan Komen