Syukor sebak, lebih 25 ekor kerbau perliharaan mati mengejut akibat wabak

Oleh: Zuzu Yasmine

Terkenal dengan gelaran Mowgli Malaysia, siapa yang tidak mengenali adik Mohd Syukor khamis yang begitu mesra dengan haiwan peliharaannya seperti kerbau, lembu, kambing dan angsa ini.



Pernah tular dengan beberapa keping gambar bersama kerbau peliharaan ayahnya, tentu saja ramai yang masih ingat akan dirinya.



Pagi ini seorang pengguna Facebook, Dallah Deen Photography telah memuat naik  satu berita yang mendukakan telah berlaku di kandang milik bapanya Syukor ini, yang lebih mesra dipanggil Pak Khamis.



Mati mengejut

Menurut Dallah Deen, pagi ini kerbau milik Pak Khamis telah mati secara mengejut.

Jelasnya, tiada apa yang mampu dikatakan oleh dua beranak itu melainkan tangisan dan doa dari orang ramai saja.

“Selebihnya berserah kepada Allah SWT, semoga ada sinar baik untuk keluarga ini dalam menghadapi dugaan ini,” katanya.



Turut bersedih

Sementara itu, di laman Facebook page milik Syukor Khamis juga turut berkongsi rasa sedih yang sama.

“Dugaan besar buat kami sekeluarga...”

Berdasarkan perkongsian itu, dia juga menjelaskan punca kemungkinan disebabkan wabak yang tidak diketahui.

Dia juga berharap doa dari semua pihak agar musibah akan segera berakhir.



Terdahulu, beberapa keping gambar adik Syukor telah memenangi 20 gambar terbaik dunia menerusi anugerah berprestij, Anugerah Foto Antarabangsa Siena 2018.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen