Kenali Cinta Wanita Berzodiak 'Leo'.

Wanita ini akan menonjol diantara ramai orang. Wanita leo umumnya tinggi, anda akan jarang menemiu wanita leo yang rendah orangnya. ketika berjalan dia akan berjalan seumpama seorang ratu, penuh percaya diri dan tidak menoleh tak tentu hala bagaikan tak ada orang lain disekitarnya dia akan berdandan cantik dan berfashion. Jangan cuba membeli baju murah yang dijual dipasar malam sebagai hadiah untuknya, dia akan membencinya. Dia menyukai pakaian dan assesori yang unik dan aneh dan suka tampil berbeza dengan yang lainnya. Jika ingin mengenali dirinya, ambil masa sikit dan bersabarlah kerana dia sangat selektif orangnya. Berfikiran terbuka tetapi tidak akan membiarkan orang terlalu dekat dengannya. Dia menyukai kata2 manis dan pujian tetapi tidak terlalu banyak dia boleh tersenyum kepada sesiapa sahaja tetapi dalam hatinya dia percaya dia dilahirkan untuk menjadi ketua.



Wanita leo suka mengatur kerana itu insting (kata hati) alaminya, dia adalah wanita yang anggun dan memiliki kharisma yang kuat dan memiliki sikap persaingan yang hebat. Dia adalah orang yang sangat bangga kepada diri sendiri maka jangan pernah mencabar kepercayaan dirinya. Mungkin sahaja dia akan marah macam badai, kemudian dia boleh bertingkah macam anak kucing yang paling comel dan tidak bersalah, tetapi janga jatuh kedalam perangkapnya. Dia selalu mengingat semuanya dan suka kenangan2 manis, jika anda menemukan album gambar penuh dengan gambar bekas kekasihnya atau surat cinta lama yang membuatkan anda macaam nak muntah, jangan ambik port sangat.



Walaupun dia masih menyimpan gambar2 surat2 lamanya tidak bererti dia masih menyimpan perasaan lamanya, jadi anda tidak perlu panik. Dia dikelilingi oleh ramai lelaki baik, maka jika anda memiliki latar belakang keluarga yang baik atau keluarga yang terkenal atau kerjaya yang berjaya maka ianya akan menguntungkan anda. Dia tak suka hidup miskin dan dia berfikir bahawa cinta takkan dapat membayar semua kos. Dia seorang yang sporty dan suka bersenam jika anda berdating dengannya bersiap sedialah dengan duit yang banyak kerana makan malam dengannya mungkin di restoran terbaik yang mahal.

Dia seorang wanita yang pemurah, jadi jangan terkejut jika dia memberi hadiah yang lebih mahal daripada yang anda berikan padanya. Dia suka benda yang bersifat extravaganza, jadi jika anda memiliki banyak duit cubalah untuk membuat sendiri hadiah untuknya. Ianya akan membuat hadiah anda menjadi unik bukannya murah, dan dia akan sangat menghargai pemberian anda itu. Dia tak suka dengan orang yang kedekut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen