Anak-anak buat kejutan, hadiahkan kereta Mercedes-Benz kepada Ibubapa sempena ulangtahun

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan satu yang pelik melihat orang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka. Perkara ini biasanya akan dilakukan buat mereka yang masih baru dalam alam perkahwinan.


Tetapi, akan lebih romantis dan sweet bilamana pasangan suami isteri menyambut ulang tahun perkahwinan yang sudah berpuluh tahun. Satu kebahagiaan lain akan dirasai pula.



Satu rakaman telah dikongsikan oleh Dena Bahrin di laman Instagram telah mendapat perhatian oleh warganet sehingga ditonton sebanyak lebih 15 ribu tontonan.

Menurut perkongsian itu, ibu bapanya menyambut ulang tahun perkahwinan ke 38 pada 10 september lalu.



Dah lama kahwin tapi masih sweet

Jelas dilihat dalam rakaman itu, walaupun sudah bertahun kahwin tetapi cara tatapan suami kepada isteri seolah-olah mereka ini masih baru saja mendirikan rumahtangga.

Tak hanya itu saja, usikan anak-anak juga cukup menjelaskan bahawa pasangan ini masih romantik seperti baru berkahwin.





Korang curi ke...?

Awalnya nampak macam sekadar menyambut ulang tahun perkahwinan yang biasa saja, tapi rupanya ada kejutan buat pasangan suami isteri itu.

Tidak terduga pasangan itu apabila melihat anak-anak menghadiahkan sebuah kereta kepada mereka.



Reaksi pasangan ini yang terkejut dan juga terharu dengan tindakan anak-anak tentunya menyentuh hati mereka yang menonton.



Diharapkan, hubungan perkahwinan mereka dan juga kita kelak akan seperti ini dan berbahagia hingga ke jannah.





Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen