Nak hubungan kekal hangat selepas kahwin, kena elak lakukan 5 perkara ini

Oleh: Zuzu Yasmine

Masa bercinta, makan tak kenyang tidur tak lena. Tapi bila sudah berkahwin semuanya macam ada yang tak kena. Tak seperti masa bercinta dulu, semuanya jadi panas dan tak seromantik dulu.

Nak udur masa dah tak boleh, si dia dah jadi pasangan anda. Masalah ini akan dilalui oleh mana-mana pasangan suami isteri, tetapi bagaimana mengawal dari terus berlarutan itu adalah lebih penting selepas mendirikan rumahtangga.



Macam mana nak elak rasa cinta pudar selepas kahwin, ada beberapa yang perlu dipertimbangkan sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga.



1. Jangan terburu-buru nak kahwin

Memilih pasangan hidup ini tak sama macam pilih ikan di pasar. Anda tak boleh pilih yang segar di luar saja, tetapi kena juga lihat di dalamnya. Sama juga dengan pasangan hidup, tak boleh hanya lihat rupa parasnya saja tapi kena lihat juga hati budinya dan iman yang ada.

Sikap terburu-buru tanpa berkenalan dengan pasangan secara lebih mendalam hanya akan memberi kesan kepada rumahtangga anda kelak saja.



2. Masalah kesihatan yang disembunyikan

Setiap orang ada rahsia mereka yang tersembunyi, tapi bila sudah berkahwin adalah lebih baik anda kongsi rahsia anda bersama pasangan anda.

Nak-nak lagi bab kesihatan batin. Jangan dera pasangan anda dengan kesihatan yang menghilangkan rasa cinta dirinya.



3. Malas mencari rezeki

Walaupun isteri anda mempunyai gaji besar dan juga mampu serba-serbi, tapi itu bukan asbab untuk anda tidak berkerja dan mencari rezeki.

Sebagai suami dan ketua keluarga, tugas anda adalah mencari rezeki buat keluarga, bukannya berharap isteri tanggung semuanya. Sikap ini juga akan buat isteri hilang rasa cintanya pada anda.



4. Tak jaga penampilan

Jangan abaikan penampilan diri anda selepas kahwin. Tidak kiralah suami atau isteri, perlu sama-sama menjaga penampilan untuk pasangan kalian.

Ini kerana, penampilan yang sedap mata memandang akan membuatkan pasangan semakin selesa dan jatuh cinta dengan anda tapi jika tak jaga, pandang pun tak nak bila bertentangan mata.



5. Perangai panas baran

Semasa bercinta mungkin kita tak nampak sikap ini, tapi bila dah kahwin barulah sikap ini mula terserlah. Sikap ini sememangnya akan menghilangkan rasa cinta, jadinya anda rasa anda miliki sikap ini lebih baik cuba kawal dengan baik. Rasa puas dan berkuasa itu hanya sekejap saja, akhirnya anda yang menyesal kehilangan orang tersayang.

Berkahwin ini bukan hanya kita harapkan pasangan menjaga kita, tapi kita juga perlu menjaga pasangan kita untuk pastikan hubungan yang dibina kekal selamanya.

Kesimpulannya, pasangan suami isteri perlulah sentiasa check and balance hubungan agar lebih kekal dan harmoni seperti detik mula anda berkahwin. 



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen