Teruja bakal menanti kelahiran anak pertama yang dijangka pada Oktober depan, pelakon Fattah Amin dan isteri Nur Fazura tentunya sudah ternanti-nanti moment indah itu.
Menurut laman Instagram milik Fattah Amin, hasratnya dan isterinya termakbul bagi memiliki cahaya mata sulung selepas berdoa di Tanah Suci ketika mengerjakan ibadah umrah Disember lalu.

Menurutnya, dia bersyukur kerana berkesempatan pergi ke sana sebelum COVID-19 melanda dunia.
“Antara doa yang kami mohon ialah semoga dikurniakan zuriat.”
Katanya, bersyukur Allah mendengar doanya pada waktu itu.
“Subhanallah... Allah Maha Besar . Sekembalinya dari tanah suci, Isteri saya hamil dan zuriat kami dikurniakan tepat pada masanya.”
Bersempena menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 30, dia memohon doa dari semua pihak agar dipermudahkan segala urusan bagi dirinya dan juga isteri.
“Tinggal beberapa minggu lagi sebelum hadirnya #KirimanAgung dari Allah SWT buat kami... InshaAllah. Di kesempatan sempena hari lahir ini, saya bermohon doa dari kalian semua semoga semuanya di permudahkan Ilahi,” jelasnya.
Terdahulu, pasangan suami isteri ini pernah digandingan dalam drama berjudul Hero Seorang Cinderella sebelum memgambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga bersama.
Tinggalkan Komen