Cyst boleh jadi kanser jika tidak dirawat...? Ini penjelasan Dr. Zubaidi

Oleh: Zuzu Yasmine

Rata-rata wanita tentunya sangat bimbang jika ia berkaitan dengan masalah kesihatan rahim. Mana tidaknya, rahim ini perkara yang sangat berharga bagi kaum wanita. Nak-nak lagi penyakit seperti cyst dan fibroid, memang sangat membimbangkan.



Satu perkongsian dari Dr Zubaidi Hj Ahmad berkenaan seorang wanita yang bertanya kepadanya mengenai penyakit wanita ini.

"Salam, doktor. Saya berusia 22 tahun dan belum berkahwin. Saya telah menjalani pemeriksaan pada bahagian pelvis, ujian darah dan juga imbasan ultrabunyi (ultrasound) abdomen. Doktor memberitahu yang saya mempunyai ovarian cyst. Adakah cyst ini bahaya? Mohon pencerahan."

Perkara sebegini tentunya sangat membimbangkan mana-mana wanita, tapi sebelum itu fahami dulu penjelasan dari Dr Zubaidi ini.



Hilang tanpa rawatan

Jelasnya, jangan terlalu bimbang akan perkara ini. Ramai yang menyangkan ia adalah kanser ovari tetapi sebenarnya gelembung yang mengandungi cecair pada kilang ovari.

Tambahnya lagi, kebanyakkan ovarian cyst ini bukanlah ketumbuhan kanser malah hampir semua sista ovari ini akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan.



Namun begitu, dia juga menyatakan bahawa sebahagian daripada ovarian cyst memerlukan rawatan kerana tidak hilang dengan sendirinya serta terdapat beberapa kes terpencil yang telah berlaku ovarian cyst boleh bertukar menjadi kanser.

Gejala yang mungkin berlaku

Katanya, ovarian cyst ini tidak menimbulkan sebarang gejala, namun antara gejala biasa adalah berasa sesak atau bengkak dalam abdomen dan berat badan boleh bertambah.



Tapi ada sebahagian penghidap mengalami gejala seperti:

1. Sakit pada sebelah kanan atau kiri atau di kedua-dua belah pelvis

2. Merasa sakit semasa hubungan intim

3. Kitaran haid yang tidak menentu

4. Ada yang mengalami masalah pertumbuhan bulu roma yang agak banyak sama ada di lengan, betis dan muka.

Bagi penghidap yang mempunyai ovarian cyst yang besar mungkin berisiko mengalami gejala sakit teruk yang mencucuk dalam abdomen, demam, adakalanya disertai muntah. Ini mungkin disebabkan oleh ovarian cyst yang telah pecah dalam abdomen.



Jika ini berlaku, segera dapatkan rawatan di mana-mana hospital dengan kadar segera.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen