Suami orang mengaku 'bujang', hati-hati boleh jatuh hukum.. - PU Azman

Oleh: Zuzu Yasmine

Dah kahwin tapi berlagak macam orang bujang bukanlah satu perkara yang pelik. Nak-nak lagi mereka yang suka simpan satu lagi walaupun sudah berstatus suami orang. Demi nak dapat kepercayaan, lebih rela menipu dengan mengaku bujang sedangkan sudah memegang status suami orang.

Jadi satu kekeliruan bila mana seseorang itu mengaku bujang, adakah pengakuan seperti ini akan membawa kepada hukum jatuh talak kepada pasangan?



Bagi menjelaskan kekeliruan ini, ikuti perkongsian oleh Pencetus Ummah (PU) Azman seperti di bawah.



Talak terbahagi dua jenis

Talak ada dua jenis. Pertama talak dengan lafaz yang jelas.

Contohnya “aku ceraikan kau”. Kedua, talak dengan lafaz yang tak jelas. Contoh, “berambus balik rumah mak kau”.

Talak yang jelas, kalau main-main pun jatuh. Talak yang tak jelas, kalau tak niat cerai maka tak jatuh talak.




Jatuh talak atau tidak kalau suami mengaku bujang?


Menurut Cik Man, ulama beza pendapat, kalau suami mengaku bujang, adakah termasuk talak tak jelas atau tak termasuk.

Sebahagian ulama kata, kalau suami berniat talak ketika mengaku bujang, maka jatuh talak.

Sebahagian kata tak jatuh walaupun niat talak.

Kalau suami mengaku bujang dengan niat yang tak menipu contohnya niat bujang tiga, maka tidak ada masalah.

Pesan Cik Man, bila berlaku masalah rumahtangga khususnya berkaitan talak, terus pergi pejabat agama. Kerana urusan perkahwinan adalah urusan yang difailkan dan melibatkan dokumen dan pembuktian, maka mesti diselesaikan dengan cara yang sama.

Dosa menipu

Namun begitu, suami mengaku bujang (takder isteri) itu tidak pelik, cuma dia berdosa kalau dia menipu. Yang pelik, suami mengaku dah takder dara.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen