Wanita ada cyst pada ovari, baik elak 3 jenis makanan ini

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagi wanita, masalah haid tidak teratur sangat membimbangkan. Mana tidaknya, dengan satu punca yang kecil itu membawa pelbagai kemungkinan. Nak-nak kemungkinan yang paling menakutkan.

Pastinya ramai wanita pernah mendengar akan sindrom ovarium polikistik (PCOS) yang disebabkan haid tak teratur atau tidak datang haid langsung.



Apa itu PCOS?

Menurut Hello Doktor, PCOS adalah gangguan hormon yang biasa berlaku pada wanita dia usia reproduktif. Biasanya mereka yang berdepan dengan masalah ini mempunyai banyak sista pada ovari atau pengeluaran hormon androgen berlebihan.

Punca sebenar PCOS masih tidak diketahui dan ini adalah kondisi kesihatan yang biasa dialami dalam 1 daripada 10 wanita terutamanya yang di peringkat usia reproduktif.

Namun begitu, diet permakanan akan memberi kesan kepada PCOS.



Makanan yang sesuai untuk PCOS

Ada 2 jenis diet pemakanan yang sesuai buat mereka yang mempunyai gejala ini.

1. Diet indeks glisemik rendah (GI)


Makanan diet rendah GI termasuk biji-bijian, kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, dan makanan rendah karbohidrat yang belum diproses.


2. Diet antiradang

Makanan antiradang seperti beri, ikan berlemak, sayur-sayuran berdaun, dan minyak zaitun dapat mengurangkan gejala-gejala yang berkaitan dengan masalah keradangan, seperti keletihan.

Diet PCOS yang sihat boleh merangkumi makanan-makanan berikut:

• Makanan semula jadi dan tidak diproses
• Makanan berserat tinggi
• Ikan berlemak, termasuk salmon, tuna, sardin, dan makerel
• Kangkung, bayam, dan sayur-sayuran berdaun gelap yang lain
• Buah-buahan merah gelap, seperti anggur merah, blueberry, blackberry, dan ceri
• Brokoli
• Lemak sihat, seperti minyak zaitun, avocado dan kelapa
• Kacang, termasuk kacang pain, kacang walnut, badam, dan pistachio
• Coklat gelap secara sederhana
• Rempah-ratus seperti kunyit dan kayu manis



Makanan yang dilarang jika ada PCOS

• Makanan yang tinggi karbohidrat, seperti roti putih
• Makanan ringan dan minuman bergula
• Makanan yang berpotensi menyebabkan keradangan, seperti daging yang diproses

Nak lebih selamat dan yakin, buat pemeriksaan dan dapatkan nasihat daripada pakar.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen