"Awal-awal kahwin suami bukan main romantik, lepas 7 tahun..." -Fouziah Gous

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan mudah nak kekalkan hubungan rumahtangga, tapi bila lepas bertahun-tahun berjaya mengharungi bersama tentunya salah satu kerjayaan yang dirasai.

Baru-baru ini, pelakon cantik molek Datin Fouziah Gous dan suami, Datuk Mohd. Zhafran Md. Yusof menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh. Pada hari yang cukup bermakna buat mereka, Fouziah telah memuat naik sebuah video khas buat suaminya.





Makin romantik ke lepas lama kahwin?

Dalam satu perkongsian lain pula, Fouziah menyatakan bahawa mungkin ramai yang menganggap bahawa suami akan menjadi lebih romantik selepas lama mendirikan rumahtangga. Namun begitu, Fouziah memuat naik dua keping gambar bagi memaparkan sikap sebenar suaminya selepas sudah tujuh tahun hidup bersama.

"Mesti korang dapat rasa yang hubungan kami makin romantik, suami siap hulur tangan bila hujan turun. Sweet kan siap hulur tangan! Ni lah suami saya dari awal perkahwinan kami (sindiran).

"Realiti selepas tujuh tahun, suami lepaskan tangan lari meninggalkan isteri untuk selamatkan diri! Tak nak kena hujan! Inilah suami saya setelah tujuh tahun. Sekian!," kongsinya.

 



Suami muncul pertahankan diri

Namun begitu, dalam posting tersebut suaminya pula muncul menjelaskan keadaan yang sebenar.

"Sebenarnya, isteri saya ini lasak orangnya. Jadi saya fikir, jika saya memegang tangannya, boleh membantut dan perlahankan pergerakannya nanti.

"Jika dibiarkan, lebih bebas, mudah dan pantas pergerakannya," katanya.



Fouziah dan suami mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen