"Mak tiri pun sama macam mak kandung juga..." - Faezah Elai

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi ibu tiri merupakan satu cabaran lain pula dalam rumahtangga, rata-rata masyarakat sekarang lebih mudah memandang sudut negatif pada mereka yang bergelar ibu tiri ini. Sebenarnya peranan ibu tiri ini sama saja macam ibu kandung.



Berdasarkan satu perkongsian, Faezah Elai berkongsi rasa kesalnya kerana da segelintir masyarakat yang memandang serong akan status berkenaan.



Bukan macam kisah dongeng
 

Menurut Faezah Elai, dia yang menjaga tiga orang anak tiri daripada perkahwinan suaminya pengarah Heykal Hanifah memberitahu tahu golongan mereka berhak mendapat penghormatan seperti ibu kandung.

“Jadi ibu tiri bukan satu kerja yang mudah, sering disalah erti oleh masyarakat, peranan hanya dihargai segelintir pihak.”

“Jika berlaku sesuatu pada anak tiri, kamu akan disalahkan. Orang cakap duduk dengan mak tiri macam itu la... mana sama duduk dengan mak sendiri. Mesti stres dengan mak tiri la tu.

“Tapi jika mereka berjaya kredit diberika kepada ibu kandung. Apa jenis mentaliti macam ni, ini bukan zaman Cinderella mak tiri buat naya kat anak tiri,” katanya.

Namun begitu, Faezah menjelaskan bahawa apa yang dikongsikan itu tidak berkait dengan keluarganya. Malah, dia menghormati perasaan ibu kandung anak-anak tirinya dan tidak pernah bercerita apa-apa yang mengundang perkara tidak baik.



Ibu tiri sama macam ibu kandung


Dalam perkongsian itu juga, dia merasakan ibu tiri berhak mendapat penghormatan yang sama seperti ibu kandung malah berpesan kepada golongan ibu yang mempunyai anak dijaga oleh ibu tiri agar tidak menanamkan sikap benci dalam diri anak-anak.

“Ibu tiri berhak dapat penghormatan yang sama seperti ibu kandung. Mereka bagi seluruh masa, tenaga dan kasih sayang kepada anak yang mereka tidak kandungkan.

“Oleh itu, kepada semua ibu, sekiranya anak-anak anda mempunyai ibu tiri yang menjaga mereka, anda adalah seorang ibu yang bertuah,” tulisnya.

Sebelum ini Faezah Elai mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada September 2011 lalu dan memiliki dua orang cahaya mata.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen