Poligami memang pahit, tapi begini cara capai bahagia dalam berkongsi kasih...

Oleh: Zuzu Yasmine

Berkongsi kasih ini bukan perkara yang mudah, malah tidak semua perempuan sanggup melaluinya. Boleh jadi, dimulut rasa sanggup tapi bila tiba di hati hanya diri sendiri saja yang dapat memahami. Tapi memang tak mudah nak hidup berpoligami ini, nak kawal rasa cemburu dan ingin perhatian dari suami.



Telah tular perkongsiannya yang mengizinkan suaminya bernikah lagi, Puan Syiela Rashid ini sememangnya telah bersedia untuk terima kehadiran orang baru sebagai madu rupanya. Sebelum ini, beliau ada kongsi tips mengapa poligami sukar bahagia.



Sekadar pesanan dan bekalan untuk dirinya, ini beberapa dua tips yang beliau kongsikan.

Pertama : Tiada syukur

Apabila tiada syukur dalam apa saja yang dilakukan maka bahagia tidak akan tercapai bukan sahaja dalam poligami, malah dalam mana-mana keadaan atau situasi hidup sekalipun.

Kedua : Perkongsian kehidupan yang sama

Pihak-pihak menganggap poligami adalah hanya sebagai aktiviti berkongsi kasih antara seorang lelaki dengan lebih dari satu wanita pada satu masa yang sama, sedangkan ia sebenarnya adalah perkongsian kehidupan seorang suami dan isteri-isterinya dalam satu kehidupan yang sama.

Beliau turut menjelaskan bagaimana maksud perkongsian kehidupan yang sama dengan lebih jelas dan mudah difahami.

"Maksudnya, kewujudan dua tiga atau empat isteri yang tidak bersepakat untuk membahagiakan suami, tidak akan menjamin bahagia dalam poligami. Ataupun 2 3 atau empat isteri merebut kasih seorang suami... Apakah akan bahagia? Sudah tentu jawapannya adalah tidak."

Tambahnya, walaupun memiliki ramai isteri tapi jika mempunyai perkongsian dan persetujuan yang sama tentu akan bahagia.

“Bahagia dalam poligami hanya akan tercapai jika ia dibentuk oleh PERKONGSIAN SATU KEHIDUPAN yang dianggotai oleh seorang suami dengan 2 3 atau 4 isteri, dan isteri-isteri ini sangat sayangkan saudara-saudaranya seperti sayangkan dirinya sendiri.

"Bukan buat hal masing-masing, bukan buat urusan kau aku sahaja asalkan aku bahagia engkau lantaklah macam mana, bukan berkira-kira tentang perut sendiri sahaja sedangkan kesemua yang tertakluk di bawah tanggungjawab seorang suami itu tidak mahu difikir-fikirkan secara bersama, bukan hanya tahu menjaga hati dan perasaan sendiri sahaja sedangkan perasaan suami dan saudara-saudara lain lantak koranglah apa nak rasa,” tulisnya.

Jelasnya, poligami ini bukan hanya menjaga diri sendiri saja tanpa pedulikan madu yang lain.

“Bukan tahu fikir kepentingan sendiri sahaja yang lain-lain tu tolak ke tepi, bukan rumah kau rumah kau..aku tak kisah macam mana kau tidur janji tilamku empuk, bukan hidup kau lantak kau janji aku syok sendiri.... dan banyak lagi lah isu-isu remeh yang dipandang endah tak endah oleh peserta-peserta poligami sama ada suami atau isteri-isteri yang menjadi penyebab akhirnya poligami itu tidak bahagia.

“Tetapi, jika syukur penuh dalam hati dan poligami itu dianggap, diterima, ditindakkan sebagai SATU PERKONGSIAN SELURUH KEHIDUPAN antara kesemua pesertanya baik suami atau isteri-isteri, dengan tidak memisahkan hal masing-masing menjadi terbelah bahagi. Saling menyediakan keselesaan antara satu sama lain biar tinggal berdekatan atau berjauhan, saling protect saudara-saudara ini dengan sepenuh hati, saling ingin memberi yang terbaik untuk suami dan saudara-saudaranya, maka itulah... KEBAHAGIAAN POLIGAMI YANG SEBENAR,” tambahnya.

Akhir sekali, dia juga menjelaskan bahawa monogami atau poligami itu adalah satu proses pembelajaran dalam hidup. Proses yang mesti dipelajari dan dilalui dengan berbekalkan ilmu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen