Sultan Abdullah dimasukkan ke IJN, JAWI mohon rakyat Solat Hajat

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas mengadu rasa kurang selesa dengan kesihatannya, YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak isnin lalu.



Walaupun kesihatan baginda tidak begitu membimbangkan, namun semua masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disarankan untuk melaksanakan solat hajat selepas waktu Maghrib, hari ini, khusus mendoakan kesejahteraan dan kesihatan baginda.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail, berkata seperti yang diketahui ramai, baginda sedang menjalani rawatan dan meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan baginda.

"Marilah kita semua berdoa agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan keafiatan yang berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta baginda sentiasa berada di bawah riayah dan perlindungan Allah SWT," katanya.

Berdasarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, baginda dimasukkan ke Wad Diraja IJN selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatan.

"Adalah juga dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini dan Seri Paduka Baginda tidak dalam keadaan yang membimbangkan," katanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen