Kesempitan wang selepas moratorium berakhir punca suami isteri bertengkar - Pakar psikologi

Oleh: Zuzu Yasmine

Masalah kewangan sering kali menjadi punca pergaduhan dalam rumah tangga, malah perkara sebegini juga boleh menjadi punca kepada penceraian. Nak-nak lagi jika ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini ada yang dibuang kerja atau dipotong gaji membuatkan masalah kewangan semakin meruncing.



Namun, bersyukur atas kebaikan kerajaan yang perhatian dengan rakyat, beberapa beban dapat diringankan terutama dalam bayaran kereta dan rumah.

Walau bagaimanapun, tempoh bayaran moratorium yang bakal tamat pada akhir September mungkin menjadi permulaan punca pergaduhan antara suami isteri yang kesempitan wang.



Menurut laporan Astro Awani, Pakar Psikologi Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor berkata, situasi itu juga boleh mempengaruhi individu yang belum berkahwin dan perlu membiayai kehidupan seharian termasuk sewa rumah dan kenderaan.

Jelasnya salah faham akan berlaku kerana tahap kewangan sesebuah keluarga yang semakin lama semakin menyusut selain dalam masa yang sama wang semakin diperlukan bagi mereka yang mempunyai anak.

"Kalau yang tidak ada anak sekalipun, duit itu diperlukan untuk apa yang perlu dibiayai, untuk belanja dalam rumah, makanan, minuman, pakaian, sewa rumah, bayar bil elektrik, bayar bil air.

"Kalau dua-dua bekerja, janganlah pula kata 'duit abang duit saya, duit saya duit saya'... tidak bolehlah kata begitu. Kalau kurang kewangan, suami isteri harus bergabung untuk memastikan bahawa ada bayaran-bayaran yang perlu dibayar oleh suami, ada yang perlu dibayar oleh isteri.

"Isteri tidak boleh kata, 'abang ketua keluarga, abang kena bayar semua'. Tidak bolehlah begitu, itu yang dinamakan persefahaman. Jadi kalau seelok-eloknya dalam aspek perbelanjaan ini mereka perlulah bersiap sedia dan dalam masa yang sama juga cuba elakkan dari berhubungan atau berkenalan dengan along kerana ini juga akan menambahkan lagi penderitaan dalam rumah itu," katanya.

Tambahnya kalau lihat di sini, wang memang segala-galanya tetapi wang tidak semestinya jadi jalan pemisah antara kerukunan rumah tangga suami dan isteri.

Selain itu, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjelaskan, paling penting adalah kesepakatan dan kompromi pasangan selain menggunakan kaedah bantuan kerajaan sebaiknya dalam isu berkenaan.

Tambahnya, suami dan isteri perlu memainkan peranan masing-masing dalam mencari jalan penstrukturan semula dengan pihak bank apa sahaja beban kewangan yang dihadapi.

"Saya kira benda ini perlu satu kesepakatan antara pasangan yang sudah berkawin, antara suami dan isteri, situasi bukan biasa-biasa tetapi memeranjatkan dan kerajan secara pantas cuba menyelesaikan masalah itu. Tetapi kita tetap berhadapan situasi COVID-19 ini dan masih lagi membelenggu ekonomi negara, perlu ada kompromi antara pasangan suami isteri dalam mencari kata sepakat agar setiap masalah dapat dirungkai dengan sebaik-baiknya.

"Saya percaya setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya, cuma sebagai suami isteri, sebagai ahli isi rumah perlu bertindak sebagai team player, semua ada peranan masing-masing yang tersendiri dalam membantu dan menyumbang kebaikan ekonomi bagi setiap isi rumah secara umumnya," jelasnya.

Apa-apa pun, jika berlaku salah faham dan pertengkaran kecil kerana masalah kewangan cuba cari jalan penyelesaian sebaiknya dan capai kata sepakat. Jangan bertindak terburu-buru yang akan merosakkan hubungan suami isteri. 



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen