Setiap hamba akan diuji berdasarkan kemampuan mereka. Setiap orang akan dilalui ujian yang berbeza. Berat sungguh ujian yang dilalui wanita ini, setelah setahun terlantar akibat kemalangan, dirinya masih lagi diuji.
Bukan meminta belas kasihan tetapi sudah tak tahu mana nak tuju, berat ujian ke atas wanita ini selepas tangan di potong dan beberapa bahagian tulang patah dari kaki hingga tulang belakang kini wanita ini diuji lagi dengan terpaksa memotong kakinya kerana masalah saraf.

Menurut satu perkongsian, Suzilah Othman, sehingga kini tiada lagi sebarang pampasan di terima sama ada dari pihak insuran atau pihak yang berkaitan. Malah, pendapatan bulanan juga telah habis digunakan untuk membeli ubat-ubatan.

Tulisnya, bukan meminta simpati tetapi jika ada yang terdetik hati ingin membantu hanya Allah yang mampu membalasnya.

Dalam perkongsian itu juga disertakan nombor account serta alamat jika ada sesiapa yang menghulurkan bantuan meringankan beban mereka sekeluarga.
Hari ini kita bantu orang, mana tahu esok lusa kita pula perlukan bantuan dari orang.
Tinggalkan Komen