Orang lelaki ke kena tanggung semua belanja majlis belah perempuan?

Oleh: Zuzu Yasmine

Wang hantaran, duit majlis kahwin lagi... Aduh! Sakit kepala bila fikirkan perkara ni. Biasanya orang lelaki yang akan rasa terbeban dengan dua perkara ini. Mana nak kumpul wang hantaran mana nak kumpul duit majlis bersanding lagi. Memang banyak nak pakai duit.



Kalau belah perempuan faham boleh lah kongsi sorang sikit, tapi kalau jenis serah semua dekat orang lelaki ni yang sakit kepala fikirkan.



Eh, tapi belanja kenduri kahwin belah perempuan ni tanggungjawab siapa? Belah lelaki? Si perempuan? Atau ibu bapa perempuan?

Selalu sangat bertengkar akan perkara ini kan, jom sama-sama kita fahami tanggungjawab siapa sebenarnya.



Menerusi capaian Twitter twtmalaywedding, perkataan walimatul ‘arus ialah kenduri bagi meraikan atau merayakan pengantin baru. Manakala Al-Walimah pula ialah bermaksud berhimpun. Bila disatukan, ia membawa maksud pasangan suami isteri yang berkumpul pada majlis kahwin.



Jadi, siapa yang patut keluarkan belanja untik majlis kenduri ni?

Ibu bapa pengantin perempuan!

Sebelum nak kata lelaki yang patut keluarkan wang untuk majlis itu, cuba fahamkan semula maksud Walimatulurus itu dulu.

Sebuah perkahwinan tanpa pelamin, juru gambar, majlis berinai masih juga dianggap majlis perkahwinan bukan?



Mindset yang dipupuk

Dalam thread tersebut turut menyatakan, norma masyarakat yang telah dipupuk menjadikan punca perkara yang telah berlaku hari ini. Nak-nak bila keluar ayat “orang lelaki kalau sayang kau sanggup buat apa saja”. Perkara sebegini sepatutnya perlu dibuangkan, jika orang lelaki nak hulur sedikit tak mengapa, bukannya dia terpaksa tanggung segalanya.

Nak kahwinkan sama-sama

Berdasarkan pendapat perbadi pemilik akaun ini, bahagian pelamin, photo, henna dan lain-lain itu adalah tanggungjawab perempuan, boleh guna duit simpanan atau duit hantaran. Tapi kenalah jimat-jimat, jangan habiskan sekaligus. Selepas ini nak lalui hidup baru dalam alam rumahtangga pula. Lagi banyak pakai duit.

Tambahnya, perkahwinan itu melibatkan dua orang, jadi tidak sepatutnya hanya seorang saja yang berusaha untuk realisasikan impian bersama.

Tengok dulu pasangan kerja apa

Orang kata kena ukur baju pada badan sendiri, kalau rasa tak mampu nak buat itu ini, lakukan saja apa yang termampu. Jelasnya, kalau mampu doa selamat atau sediakan nasi bungkus untuk orang masjid tak salah pun. Kenduri kahwin ni bukan wajib cuma sunat yang dituntut.

Tulisnya lagi, jangan harapkan orang lelaki support semuanya, kenalah tengok pasangan itu kerja apa. Lainlah kalau dia itu betul-betul kaya.

Lelaki kenalah tegas sedikit!

Jelasnya lagi, orang lelaki kena jelaskan apa yang mampu dan tidak. Kalau rasa nak lebih-lebih dan grand minta dia keluarkan duit sendiri. Tapi apa-apa pun komunikasi itu penting antara dua pihak ini. Barulah semua jadi.

Nak kahwinkan sama-sama, jadi kenalah saling berkerjasama. Jangan bebankan orang lelaki walaupun tahu dia begitu sayangkan anda. Fikirkan masa depan yang jauh lagi perjalanannya.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen