"Kau cacat tak ada siapa nak..." - Kerana sedikit kekurangan gadis ini ditinggal tunang

Oleh: Zuzu Yasmine

Dugaan bertunang itu lebih mencabar dari dugaan pertahankan hubungan. Siapa sangka, bercinta bertahun tahun tapi boleh berpisah selepas bertunang. Ujian bertunang ini tidak semua orang berjaya harunginya, kalau sampai kahwin memang dah kira hebat dah.


Tak dapat terima kekurangan diri, sebelum ni okay je

Sama macam yang dilalui gadis ini, siapa sangka percintaan bertahun itu akhirnya berakhir selepas bertunang. Menurut pemilik akaun TikTok Azua Othman, dirinya redha ditinggalkan tunang selepas tidak dapat menerima kekurangan yang ada pada dirinya.


Jelasnya, mereka sudah lama bercinta tapi entah kenapa bekas tunangnya itu tiba-tiba berubah hati dan putuskan pertunangan mereka, malah dia juga terkilan dengan kata-kata tersebut sedangkan ahli keluarganya tidak pernah berkata sedemikian rupa.

 

Terpaksa berdepan dengan kata-kata negatif orang

Tidak hanya itu, Azua juga menyatakan bahawa dia terpaksa hidup dengan kata-kata negatif orang sekeliling.

Dalam perkongsian yang lain pula, dia tidak menyangka akan mendapat kata-kata semangat dari warga TikTok. Yang rata-rata memberi kata-kata positif pada dirinya. Malah, dia juga tekad untuk move on dari hubungan tidak kesampaian itu.



Jangan lihat kekurangan orang lain, sedangkan kekurangan diri sendiri masih belum terbuka. Diharapkan Azua terus tabah hadapi dugaan hidup dan dapat abaikan kata-kata negatif.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen