"Allah, anak aku..." - Selepas setahun tak berjumpa, pelukan anak dan ibu ini undang sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Makin dewasa anak-anak, makin jauh mereka dengan ibu bapa. Ada yang berjauhan kerana tugas, ada juga yang kerana belajar. Masing-masing ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Itu yang dilalui oleh pemuda selepas setahun tidak pulang kerana perlu bertugas di Sabah.


"Ya Allah... anak aku."

Dalam perkongisan video TikTok Meeroja, kelihatan seorang wanita yang lengkap bertelekung melihat melalui jendela yang terkejut melihat susuk tubuh anaknya yang sudah lama dia nantikan. Dengan rasa terkejut dan penuh rasa rindu beliau terus berlari dapatkan anaknya.

Pelukan syukur

Tidak melepaskan peluang untuk hilangkan rasa rindu, ibu tersebut terus memberi pelukan yang erat serta ciuman di pipi tanda dirinya sangat merindu anaknya selepas berjauhan dengan keluarga yang berada di Kelantan.

Video ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata turut merasai sebak gelagat dua beranak itu. Malah, ada juga yang menyatakan rasa rindu pada ibu bapa yang jauh dan juga sudah tiada.



Jauh dan seronok macam mana sekali pun, kasih dan pelukan ibu adalah perkara yang akan dirindui selalu.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen