Wanita ini kongsikan, isteri sensitif bukan kerana mengada, namun...

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita sememangnya tidak akan lari dari perkataan sensitif, hati dan perasaannya begitu sensitif sampaikan tanpa sedar sulur anggota tubuhnya juga begitu. Tapi, sensitif wanita ini bukan kerana dia mengada atau inginkan perhatian tapi kerana dia adalah perawat keluarga. Kalau isteri tak ada rasa sensitif ini, tentunya terabai keluarga.


Penting sikap ini dalam diri seorang wanita kerana, selepas bergelar isteri dan ibu perkara inilah yang memberi kesan positif kepada keluarga. Mengapa pentingnya sensitif ini dikalangan wanita, ikuti nukilan daripada Siti Suryani Yaakop ini.



Pentingnya sensitif pada isteri dan ibu

Dalam perkongsiannya itu, jelas menunjukkan bertapa pentingnya rasa sensitif ini dikalangan wanita, isteri dan juga ibu. Menurutnya, kalau tak ada perkara ini seseorang wanita tidak akan ada gerak hati atau rasa, malah dengan perkara ini juga setiap kali anak menangis dia yang akan terjaga dahulu.

Bukan hanya perasaan tapi tubuh badan juga

Tulisnya lagi, bukan hanya perasaan saja yang sensitif tapi tubuh badan juga sensitif. Dengan hanya menggunakan mata, hidung dan tangan dia sudah tahu akan keadaan keluarganya. Malah, melalui perkara itu dia kenal setiap ahli keluarganya dengan lebih dalam.


Isteri itu perawat keluarga

Menurutnya, perkara ini perlu ada dalam diri wanita kerana mereka ini adalah perawat keluarga, kalau tak ada pekara sebegini tentunya mereka ini tidak akan pernah kesah akan keluarganya, malah dia juga tak akan ada sense dalam semua perkara.


Cuma wanita ini kadang terlebih sensitif inginkan perhatian dari insan yang dia sayang, sebabnya dia telah banyak bagi perhatian kepada orang-orang yang dia sayangi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen