Jurutera tinggalkan seorang isteri dan 2 anak selepas dilanggar pemandu mabuk

Oleh: Zuzu Yasmine

Lagi kejadian kes mabuk yang membabitkan kematian seorang jurutera yang maut di tempat kejadian, manakala isteri dan dua anaknya cedera apabila kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta yang dipercayai hilang kawalan di Persiaran Tun Teja, Alam Impian, Shah Alam.


Berdasarkan laporan Sinar Harian, mangsa dikenali Ahmad Safwan Sulin, 32, disahkan meninggal dunia dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang.



Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Perdana yang dipandu lelaki berusia 36 tahun dari arah Persiaran Panglima Sultan telah hilang kawalan.

"Kereta itu kemudian terbabas hingga melanggar Perodua Aruz yang dipandu mangsa.

"Rempuhan itu menyebabkan mangsa (Ahmad Safwan) parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala isterinya berusia 33 tahun dan dua anak mereka berusia lima dan tiga tahun dilaporkan mengalami kecederaan," katanya.

Jelasnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan isteri serta anak mangsa pula dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan. Manakala Proton Perdana itu kini masih berada di zon merah HTAR.


Pihaknya juga telah mengambil sampel darah untuk ujian saringan alkohol serta dadah.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," tambahnya.

Sementara itu, kes ini menjadi perhatian warganet apabila tersebarnya rakaman dan juga gambar tempat kejadian yang rata-rata bersimpati menimpa keluarga terbabit.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen