Kalau isteri berkain batik dan berbedak sejuk suami sakit mata, tapi kalau suami...

Oleh: Zuzu Yasmine

Isteri bila kat rumah tak jaga penampilan, tak kemas dan kelihatan tak terurus, pasti perkara ini akan dipersoalkan oleh kaum suami. Malah, isteri selalu diingatkan untuk menjaga penampilan apabila di hadapan suami.


Eh, tapi tak akan isteri saja yang perlu menjaga penampilan diri, bagaimana pula dengan suami? Kalau isteri cantik dan sedap mata memandang tapi suami pula dengan perut yang boroi dan berjambang tentunya tak enak juga di mata isteri.

Berdasarkan petikan Harian Metro, dari sudut psikologi perhubungan romantis, Dr Airil menjelaskan keadilan amat perlu untuk menjaga hubungan berkenaan.


Suami isteri kena adil

Jelasnya, keadilan yang dimaksudkan ialah suami dan isteri sama-sama memahami dan berusaha untuk memenuhi keperluan hubungan itu, bukan hanya keperluan individu semata-mata.

"Ini tidak bermaksud bahawa keperluan individu tidak penting iaitu kedua-duanya sama penting dan tidak boleh diabaikan. Sebenarnya, keperluan individu yang diabaikan sering menimbulkan kebencian hingga merosakkan perhubungan," katanya.

Tambahnya, kalau suami meminta isteri menjaga penampilan tapi suami pula sebaliknya. Ada tiga nilai keadilan dalam rumahtangga yang perlu dipertimbangkan iaitu, diri sendiri, pasangan dan hubungan bersama.

Nampak macam tak ada apa tapi...

Malah, seorang suami yang tidak mahu berhias di rumah tentunya akan menimbulkan rasa tak senang si isteri sendiri.

"Kita nampak hal ini semacam kecil dan remeh. Namun, hakikatnya daya tarikan antara dua jantina termasuk juga rupa paras fizikal. Ini naluri semula jadi manusia tidak kira lelaki mahu pun wanita.

"Tetapi yang selalu kita dengar suami yang amat menitikberatkan kecantikan dan rupa paras isteri. Sampaikan ada pula yang sanggup bermain kayu tiga dengan alasan isteri tidak lagi menarik dan dia sudah tidak ada perasaan kepada isteri sendiri," kata Dr Airil.

Bermalas memang selesa

Beliau menambah, kalau suami mahukan isteri berhias selalu tiada alasan untuk suami selekah setiap masa. Walaupun selesa berseluar pendek setiap hati tapi isteri memandang terasa rimas.

Katanya, penampilan itu tidak hanya fokus kepada pakaian semata-mata, tetapi rambut yang terurus, bulu-bulu badan yang rapi sama ada di dalam hidung atau di celah ketiak, waima nafas yang berbau harum sekali pun, semua ini memberi kesan yang amat positif bukan hanya kepada lelaki itu tetapi isterinya juga.

"Apabila suami kelihatan menarik, sudah tentu isteri akan berasa tertarik, bukan? Maka, kehangatan asmara dan nilai romantis perhubungan tidak akan pernah padam," katanya.

Menjaga hubungan ini bukan hanya sekadar memahami dan bertimbang rasa saja, tetapi pemandangan luaran juga memainkan peranan bagaimana hubungan itu terus terjaga.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen