"Doakan ibu bapa yang ada anak istimewa..." Surat kiriman anak autisme pada Menteri Agama sentuh perasaan

Oleh: Zuzu Yasmine

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri sentiasa memberi contoh dan teladan yang baik kepada sesiapa saja tentunya akan disenangi oleh setiap lapisan masyarakat. Buat yang mengikuti beliau di media sosial tentunya sangat tahu akan seorang kanak-kanak lelaki yang mengikuti beliau sejak beberapa tahun lepas.


Menerusi capaian Twitter miliknya, seorang remaja lelaki istimewa yang dikenali sebagai Wan Aiman telah menghantar sepucuk surat kepada beliau selepas Kuliah Dhuah Muslimat di Surau Annur, Bandar Baru Bangi.


Buat pengetahuan semua, remaja lelaki ini adalah seorang autisme malah kerap menghantar surat serta sentiasa mengikuti perkembangan Dr Zulkifli.

Surat kali ini dihantar cukup ringkas, tetapi ia akan menyentuh hati sesiapa saja yang membacanya.

“Boleh tak Ustaz doakan juga semua ibu bapa yang ada anak istimewa, abang dan kakak yang ada autimse atau anak istimewa moga mereka sabar banyak-banyak. Khabarkan berita gembira bahawa Allah akan balas semua penat lelak mereka. Allah maha adil,” tulisnya.

Malah dalam perkongsian itu juga, Dr Zulkifli berharap bahawa Aiman akan menjadi anak yang soleh serta membanggakan kedua ibu bapanya kelak.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen