Masa bercinta sememangnya indah, bila sudah berkahwin dan berkongsi bantal barulah tahu siapa pasangan sebenar. Itulah yang akan dilalui mana-mana pasangan yang memilih untuk berkongsi hidup.
Bukan nak takut-takutkan mereka yang bujang, tapi itulah realiti dalam alam perkahwinan. Tidak semuanya indah dan tidak semuanya buruk. Sebab itu, bila bercinta atau berkenalan dengan seseorang cuba untuk terima baik buruk masing-masing agar tidak terkejut selepas kahwin.
Macam perkongsian daripada Firdani bin Adam ini, memang ada betulnya. Buat yang bujang dan masih tercari pasangan sama-sama beringat akan pesanan yang diberi ini.
Dalam perkongsian itu, dia menjelaskan bahawa pasangan akan menjadi orang berbeza selepas kahwin, malah ramai yang tidak menjangkakan bahawa pasangan akan jadi seperti itu. Perkara sebegini seolah memberi satu tamparan kepada seseorang.
Buat yang bujang, dalam merancang mencari pasangan hidup, ada beberapa yang perlu anda lakukan. Ini pesanan dari beliau.
1. Jadi diri sendiri
Jelasnya, setiap orang perlu menjadi diri sendiri apabila dalam tempoh perkenalan. Jangan kerana ingin dapatkan perhatian dari si dia, rela untuk berpura-pura. Malah, pada masa yang sama jangan mudah terpedaya dengan sesuatu yang tidak pasti lagi.
2. Menerima seadanya
Tambahnya lagi, jangan meletakkan satu harapan yang tinggi kerana itu akan melukakan diri sendiri tapi lebih baik kalau terima siapa pasangan yang sebenar. Ini kerana, tiada manusia yang sempurna.
3. Alam perkahwinan bagaikan bahtera di tengah lautan
Pesannya yang terakhir adalah perkahwinan ini bukan satu perkara yang mudah. Ia diibaratkan sebagai satu pertarungan yang antara dua pihak untuk mencari kebahagiaan yang diimpikan.
Percintaan itu memang indah, tapi bila melangkah ke alam perkahwinan, masing-masing perlu sama-sama berjuang mempertahankan hubungan. Bukannya, masih melihat apa kurang dah lebihnya pasangan.
Tinggalkan Komen