"Engkau mati satu kali, namun hidup selamanya..." -Nota suami ini untuk isteri buatkan ramai sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Merindui insan yang telah pergi tentunya satu perkara yang menyakitkan. Tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata malah tidak mampu juga untuk melunaskan rasa rindu itu. Hanya mereka yang berada dalam situasi ini saja yang tahu bagaimana rasanya.



Itulah yang dirasai oleh Muhammad Ihsan Harahap Daeng Rate, kehilangan isteri tercinta pada 23 September lalu, selepas beberapa hari disahkan positif Covid-19.


Cuba redha akan ketentuan yang tertulis

Menerusi capaian Twitter, suami kepada Allahyarham Amirah Lahaya ini telah berkongsi bahawa isterinya hampir seminggu melawan wabak tersebut di dalam badan, akhirnya telah pergi meninggalkan dia dan juga anak yang baru berusia 16 bulan.

Walaupun dalam perit tetapi beliau cuba untuk merelakan isterinya dengan hati yang terbuka. Malah, dia sentiasa mengingati pesan isteri bahawa untuk mengikhlaskan semua yang berlaku.


Sempat menghantar pesanan

Beberapa jam sebelum, isterinya sempat menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp, meminta agar dia merelakan keadaan isterinya selepas berjuang selama seminggu.


Dari hari ke hari semakin teruk

Ihsan juga sempat berkongsi perjalanan isterinya yang disahkan positif Covid-19 sehingga perlu dimasukkan wad ICU kerana keadaanya yang semakin memburuk.


Malah dia juga meminta doa dari orang ramai agar anaknya membesar dengan sihat serta menjadi anak yang berbakti kepada orang ramai.



“Dunia gelap, rangit runtuh...”

Beliau juga sempat mengimbas kembali saat dirinya mendapat berita akan kematian isteri tercinta. Malah, dia juga sempat melaksanakan wasiat yang dikirimkan isteri sebelum berpisah selamanya.



Laksanakan wasiat terakhir





"Dalam ingatan..."




Semoga Allahyarham Amirah Lahaya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, serta suami dan keluarganya terus kuat berdepan dengan dugaan ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen