"Dah lama kahwin tapi masih hangat bercinta..." Ini 12 tips kekal bahagia dari netizen

Oleh: Zuzu Yasmine

Masa bercinta ‘bau kentut pun wangi’... itu orang katalah. Masa sayang semua perkara memang indah-indah akan berlaku tapi bila sudah mendirikan rumahtangga, lain betul nak sama macam masa bercinta.

Dalam perkahwinan, hubungan ini tersangat berbeza berbanding dengan bercinta. Ujian lebih hebat bahkan, ada cinta saja tak cukup nak pertahankan perkahwinan itu. Dalamnya tentu perlu diisi dengan tanggungjawab, komitmen, dan juga saling berkerjasama. Itu baru sedikit, belum yang lain-lain lagi.



Sebab itu, sebelum mendirikan rumahtangga mereka yang bujang perlu lebih bersedia akan realiti sebuah perkahwinan. Bukannya, masih berangan-angan akan hubungan seperti di dalam drama tv.

Baru-baru ini. Tweet seorang pengguna Twitter mendapat perhatian lebih 18 ribu warga maya selepas meminta tips perkahwinan buat mereka yang sudah lebih 5 tahun berkahwin.



Akaun milik Amirah Hazwani Bakri itu telah dibanjiri jawapan oleh pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga, malah masing-masing turut berkongsi beberapa tips untuk tetap bahagia.

“Siapa yang dah kahwin lebih 5 tahun dan masih hangat bercinta bersama pasangan (macam masa bercinta dulu), tolong kongsikan tips perkahwinan untuk orang yang baru nak kahwin ni,” tulisnya.

Ini beberapa tips yang boleh diguna pakai buat pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga.

1. Jangan letak jangkkan terlalu tinggi

Memang banyak perkara yang akan dibayangkan sebelum kahwin kerana pengaruh-pengaruh drama atau filem, tapi jangan letak terlalu tinggi yang akan melukakan diri sendiri.





2. Bergaduh macam mana pun, jangan tidur asing

Tidak kisahlah salah faham yang sampai bertekak pun, tapi bila tidue tetap sama-sama barulah tak renggang hubungan suami isteri tu.



3. Solat jemaah bersama

Salah satu cara nak bersweet dengan pasangan adalah dengan solat berjemaah bersama. Seminggu sekali atau ada masa terluang. Tapi lebih penting untuk suami isteri sama-sama saling menjaga solat.



4. Berterus terang dengan pasangan

Pasangan anda tidak boleh baca hati dan fikiran anda, dia bukan tuhan yang tahu segalanya. Bila rasa kecewa, atau tak puas hati katakan dengan jelas.







5. Jangan malu nak ucapkan kata ajaib

Jangan lupa dan jangan malu nak katakan ini pada pasangan “terima kasih sayang, saya sayang awak, i love you, saya minta maaf, rindu awak”. Nampak macam tak ada apa tapi ini beri kesan pada jiwa pasangan.





6. Toleransi jangan lupa!

Pasangan telinga bukan ikut emosi, bila dia marah biarkan dia marah dulu. Bila dia sedih biarkan dia bersedih dulu. Jangan abaikan atau nak bela diri sendiri saja.






7. Hadapi masalah bersama, jangan ikutkan ego

Tak ada istilah siapa menang atau siapa kalah dalam hubungan. Jangan pertaruhkan kebahagiaan demi ego sendiri.


8. Manja selalu dengan pasangan

Sikap manja dengan pasangan ini sebenarnya membantu pasangan untuk menjadi lebih mesra. Jadi, jangan malu-malu nak bermanja, kan dah jadi suami isteri.



9. Jangan merajuk lama-lama

Kadang memang ada angin rasa nak dipujuk dan ingin merajuk, tapi kalau dah kena pujuk tu jangan sambung lagi merajuk tu. Merajuk lama-lama akan meletakkan jarak dalam hubungan.




10. Belajar bahasa cinta pasangan

Ada orang dia tak akan luahkan melalui kata-kata yang dia sayang, tapi lebih kepada tindakan. Jika pasangan anda seperti ini, maka cuba fahami bahasa cintanya.


11. Belajar agama sama-sama

Perkahwinan itu sendiri sebenarnya bertujuan untuk mendekati Allah dengan lebih dekat, sama-sama belajar lebih mendalam mengenai agama tentunya lebih baik.


12. Jangan buka aib pasangan

Paling penting dalam rumahtangga yang dibina jangan sesekali buka aib pasangan, walaupun buruk mana dan tidak mampu tahan tetap saja simpan aib tersebut.



Perkahwinan itu melibatkan dua orang dan juga dua hati, jangan hanya ikutkan hati sendiri sampaikan pasangan sendiri terluka. Itu akan menjadi racun dalam hubungan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen