"Bapa OKU, anak pula curi kerusi roda bapa.." -Uncle Kentang sebak cerita kisah Pakcik Daud

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasanya ramai yang sudah sedia maklum dengan keprihatinan Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Sikapnya yang sangat prihatin itu sangat disenangi oleh semua kaum.


Sentiasa bersedia menghulurkan bantuan, baru-baru ini, Uncle Kentang berkongsi kisah di laman Facebook mengenai seorang pakcik yang lebih mesra dipanggil Daud kerana kerusi roda elektrik miliknya telah dicuri.

Tahu siapa yang mencuri

Jelasnya dalam perkongsian itu, dia tahu siapa yang mencurinya malah meminta Pakcik Daud untuk tidak takut akan sebarang ugutan yang dia terima.



Kejutan buat Pakcik Daud

Uncle kentang juga telah mendapatkan kembali Wheelcahir Pakcik Daud yang telah dipajakkan. Malah dia juga membuat kejutan dengan menghantar sendiri kerusi tersebut kepada Pakcik Daud.






Harap Pakcik Daud terus sabar


Dalam perkongsian yang lain pula, Uncle Kentang meluahkan rasa terkilannya akan kejadian yang berlaku kepada Pakcik Daud. Malah, dia juga berharap agar Pakcik Daud terus sabar dengan apa yang berlaku.


Kenapa tak buat report?

Dikesempatan itu juga, beliau sempat menjawab beberapa persoalan dikalangan netizen yang bertanya mengapa beliau tidak melakukan polis report bagi pihak Pakcik Daud, jelasnya dia faham akan perasaan bapa yang tidak mahu sesuatu yang buruk kepada anaknya.



Perkongsian ini telah mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata bersimpati akan nasib yang menimpa Pakcik Daud, malah berterima kasih atas budi baik Uncle Kentang yang segera menghulurkan bantuan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen