Bukan senang orang perempuan nak luahkan perasaan, tapi cara gadis ni memang win

Oleh: Zuzu Yasmine

Memang sempoi bila orang perempuan yang mula confess dulu ni. Kalau perempuan lain takut-takut nak bagi tahu, tapi yang ini boleh dikatakan satu dalam seribu.



Dari berputih mata, lebih baik cuba nasib dulu. Menerusi capaian Twitter Tuan Faiz, dia yang tidak tahu apa perlu dilakukan apabila tiba-tiba seorang gadis meluahkan perasaan kepadanya.

Mula 'wish birthday'...

Menariknya, tindakan seorang gadis tersebut kepadanya tersangatlah unik, bukan terus beritahu tetapi menggunakan bahasa kiasan untuk mewakili perasaannya.

Dalam kepingan foto yang dikongsi, gadis itu sebelum ini pernah mengucapkan ulang tahun buat dirinya malah dia juga pernah membalasnya.

Hantar kod lokasi rahsia

Tapi baru-baru ini, tiba-tiba gadis itu menghantar satu lagi pesanan melalui direct messenger di Instagram yang bermula dengan meminta pertolongan dan menghantar satu lokasi untuk dilihat.

Tak disangka-sangka, lokasi yang dimaksudkan itu adalah satu nama kedai ‘I Have A Crush On You’ terletak di United State.



Setelah diberikan jawapan bagi pihak Faiz, gadis tersebut membalas dengan memberi lokasi lain pula dalam meluahkan perasaannya.

Lokasi yang ditunjukkan seterusnya itu tertulis 'I Love You' yang terletak Indonesia.

Nak cuba juga...

Thread tersebut telah mendapat perhatian dari ramai warganet sehingga telah diulang kicau lebih 8 ribu orang. Malah, ramai juga yang mengambil kesempatan menggunakan kod lokasi tersebut kepada pasangan masing-masing.

Jarang-jarang berlaku macam ini, apa pun, diharapkan segala jawapan yang diberikan Faiz akan tidak melukakan hati gadis itu. Bukan senang orang perempuan nak luahkan perasaan ni.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen