Dari XXL kepada S, pasangan suami isteri usaha turunkan berat bersama

Oleh: Zuzu Yasmine

Anak itu adalah penyeri dalam rumahtangga, mana-mana pasangan suami isteri yang mendirikan rumahtangga tentunya mempunyai keinginan untuk memiliki zuriat sendiri. Tapi tidak semua orang merasai peluang itu selepas kahwin, ada yang perlu tunggu dan lakukan pelbagai usaha dulu.


Sama juga seperti pasangan suami isteri, rezeki untuk memiliki zuriat sendiri masih tidak memihak kepada mereka, tapi usaha untuk mendapatkan anak itu sememangnya satu usaha yang perlu ditabik.


Amalkan pelbagai jenis diet

Menerusi perkongsian MaCapula Papula di laman Facebook IF Diet Malaysia, dirinya dan suami sama-sama tekad untuk menurunkan berat badan sebagai salah satu usaha mendapatkan zuriat. Menjadi amalan pasangan ini adalah seperti suku-suku separuh, Atkins, cut sugar dan intermittent fasting. Bukan hanya mengawal nafsu makan saja, tetapi mereka juga lakukan aktiviti senaman.




“Batter late than never...”

Walaupun mula-mula agak sukar kerana teringin macam-macam makanan tetapi pasangan ini berjaya turunkan berat badan sebanyak 20kg dalam masa setahun enam bulan. Dalam tempoh itu, wanita tersebut berjaya hamil sebanyak dua kali tapi kedua-duanya keguguran kerana rezeki masih belum memihak kepada mereka.

Namun begitu, mereka bersyukur kerana memiliki tubuh badan yang sihat serta berat badan yang ideal.





Tips yang diamalkan

Berikut adalah beberapa tips yang dikongsi oleh pasangan ini.





Semoga perkara ini juga menjadi inspirasi kepada pasangan lain serta urusan pasangan ini untuk memiliki anak dipermudahkan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen