Bila pasangan tak ingat ulang tahun kelahiran tentunya akan terasa sedih dan terkilan, tak kisah dia jadi yang pertama atau tidak tetapi paling penting anda nak dia ingat akan hari penting itu.
Lebih romantik kalau dia siap meraikan lagi ulang tahun kelahiran, tentunya akan terasa terharu dan bahagia. Sambut dekat mana pun tak apa yang penting bersama yang tersayang tentu saja dah rasa bersyukur.
Baru-baru ini, pasangan ini telah tular kerana meraikan ulang tahun kelahiran secara ‘candlelight dinner’ di sebuah kedai mamak di Sri Petaling.
Dibawah sinaran cahaya bulan
Menerusi perkongsian Restoran Aliff melalui laman Facebook, pasangan ini kelihatan menyambut ulang tahun kelahiran di sebuah meja serta disinari dengan cahaya bulan. Menariknya, birthday cake yang disediakan adalah lain dari lain iaitu roti tisu.
Sejambak sayur sebagai hadiah
Bukan hanya itu saja, hadiah yang diterima oleh kekasih juga sangat menarik iaitu sejambak sayur-sayuran yang masih segar lagi. Walaupun serba sederhana tentunya perkara itu akan diingati oleh pasangan kekasih ini.
Prank rupanya
Menurut komen warganet, sebenarnya kawan pasangan kekasih tersebut telah ‘prank’ pasangan itu sempena hari jadi kawannya itu. Malah, rata-rata netizen merasakan perkara itu sebagai satu yang kelakar dan juga romantik.
Tinggalkan Komen