Kahwin Lambat Tidak Semestinya Tidak Baik Dalam Islam.

Tidak ada ketetapan yang dikhususkan dalam Islam dari aspek usia yang sesuai mendirikan rumah tangga, demikian menurut Imam muda Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan. Sebaliknya jelas beliau, ia bergantung kepada keperluan individu untuk mendirikan rumah tangga dalam masa sama menepati lima hukum nikah dalam agama iaitu wajib, harus, sunat, makruh dan haram.



“Dalam agama tidak ada kata kahwin awal bagus, kahwin lambat tidak bagus. Tidak ada tempoh yang bagus atau tidak.

“Sebab itu dalam nikah ada lima hukum nikah iaitu wajib, harus, sunat, makruh dan haram, kerana nikah ini bergantung kepada situasi masing-masing.

“Ada yang umur 30-an masih lagi sibuk melanjutkan pelajaran, boleh kawal diri, tidak terjebak dengan penzinaan jadi itu tidak wajib bagi dia untuk bernikah.

“Ada yang berumur 21 tahun misalnya tidak mampu mengawal diri, kemampuan duit ringgit maka bagi dia kena kahwin,” katanya kepada Berita Daily.

Walaubagaimanapun tambahnya, wanita dan lelaki perlu memilih jangka masa yang sesuai untuk berkahwin dengan mengambil kira beberapa perkara termasuk faktor kesihatan dan kemampuan memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak pada masa akan datang.



“Cuma bagi wanita atau lelaki sebaiknya pilih waktu berkahwin yang ideal selepas tamat pelajaran, untuk mempunyai keluarga agar dapat memberikan pendidikan dengan anak dengan sempurna, ibu tidak terlalu tua untuk membesarkan anak, dan untuk sudut kesihatan,” jelasnya. Namun begitu, Muhammad Asyraf mengakui wanita lebih sukar untuk menamatkan zaman bujang berbanding lelaki yang tugasnya meminang berbanding wanita. Beliau juga menafikan kualiti personaliti pasangan sama ada suami dan isteri yang didakwa semakin merosot mengakibatkan ramai yang masih hidup membujang. Sebaliknya, lelaki dan perempuan yang berniat untuk berkahwin perlu saling berusaha memperbaiki diri masing-masing agar dapat membentuk keluarga yang sempurna.

“Cumanya untuk cari pasangan hari ini susah, macam ada pandangan wanita sekarang susah untuk cari pasangan yang sesuai, saya faham wanita mahu mencari pasangan mungkin tidak sama dengan mencari pasangan zaman dulu, itu sudut pandang bagi wanita.



“Saya anggap mungkin bagi lelaki ada yang juga sukar untuk mencari pasangan wanitanya. Cuma ada yang dapat berkahwin dalam usia muda berkemungkinan berjaya mencari yang berkualiti.

“Ada yang mencari sederhana kualiti tetapi berjaya menjadi keluarga yang berkualiti selepas pernikahan,” tambahnya.

Kesimpulannya buat imam muda ini, kesukaran mencari pasangan hidup yang sesuai tidak seharusnya dijadikan faktor sama ada wanita atau lelaki bujang berputus asa walau dikategorikan sebagai lambat berkahwin. “Cuba sedaya mungkin untuk berkahwin dalam usia muda tetapi kalau tidak bertemu jodoh, jangan putus asa sebab ada sebahagiannya dapat bertemu jodoh dalam usia yang tua,” katanya lagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen