Jual pisang goreng nak tampung anak belajar, pakcik ini sebak bila dapat RM600

Oleh: Zuzu Yasmine

Susah macam mana pun, tak pernah dia mengeluh tetapi tetap teruskan usaha mencari rezeki demi isteri dan anak-anak tercinta. Itulah kasih seorang ayah yang tak pernah minta dibalas tetapi cukup kalau anaknya tersenyum membawa kejayaan.



Sebak melihat rakaman video ini yang dikongsi oleh Azfar Badrul di Youtube mengenai seorang pakcik yang menjual pisang goreng di tepi jalan demi menyara anak-anaknya yang sedang melanjutkan pelajaran.


Menurut rakaman tersebut, pakcik Zakaria Hashim, 68, telah berniaga lima tahun lebih di tempat tersebut. Bukan hanya meniaga pisang goreng tetapi ada juga beberapa jenis kuih yang dibuat oleh isterinya sendiri.

Tanggung anak bongsu

Jelas pakcik ini, kerana masih menanggung pembelajaran anak yang bongsu antara sebab mengapa dia masih meniaga walaupun sudah mencecah umur warga emas.

Untung tak pulang modal

Lebih menyentuh hati, dia mula berniaga selepas Zohor sehingga 7 petang malah pakcik ini memberitahu bahawa dia hanya memperolehi untung RM15 sehari, itu pun tak lepas untuk pulang semula modal yang dikeluarkan.

Alhamdulillah, rezeki...

Menahan air mata pakcik ini apabila Azfar Badrul menyerahkan wang sebanyak RM600 kepada pakcik ini kerana dia sememangnya sedang mencari wang buat anaknya mendaftar masuk belajar semula.



Perkongsian ini mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata terharu melihat pengorbanan pakcik ini. Malah, ada yang meninggalkan doa agar pakcik ini dan juga Azfar Badrul memperolehi rezeki yang melimpah ruah serta anak pakcik ini terus belajar dengan bersungguh-sungguh.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen